Saturday, 5 November 2011

selamat hari raya haji

hari raya haji or hari raya korban or hari raya idul adha. berbeza nama tapi perayaan yang sama. regarding about raya haji, dekat area johor ni disambut secara kecil-kecilan dengan melakukan ibadah korban, berbeza dengan negeri pantai timur, macam kelantan and terengganu, yang mana diaorang meraikan secara meriah bila raya haji menjelma. so aku pun tak ada lah persiapan apa pun, baju melayu pun pakai je la mana yang ada. jarang aku pakai sampin kalau pergi sembahyang raya haji. rasa macam nak pakai jeans pun ada tapi karang membebel lak mak aku. selalu nya aku pergi pakai seluar and baju melayu je. itupun kadang-kadang malas gosok. hahahaha

seumur hidup aku selama aku berusia 22 tahun ni, sekali je aku sambut berjauhan dengan keluarga. aku tak balik sebab time tu exam final kalau tak silap aku. memang ada cuti seminggu, tapi aku malas nak balik. aku lepak dekat kolej ngan pejal and farid. dieorang budak miri. miri dengan kuching jauh. makan masa 12 jam perjalanan pakai bas kalau aku tak silap masa pejal bagitau aku. so kiteorang melepak la kat kolej. nak dijadikan cerita, motor aku dengan pejal time tu rosak, so pagi tu kiteorang pinjam motor ady pergi sembahyang raya, tapi tak dapat lama sebab ady nak pegi rumah cousin dia dekat batu 12, so aku and pejal pun balik dengan sepantas  kilat. ady ada gak ajak pegi rumah cousin dia, tapi aku kesian nak tinggalkan pejal sorang-sorang and pejal pun pikir benda yang sama. so ady cakap nanti balik malam dia bawa makanan. time tu aku dengan pejal dah la tengah pokai. motor rosak. last-last sekali pejal buat cucur tepung sebab dua-dua tak ada maggi... ramuan dia senang je, tepung campur air, letak gula sikit pastu goreng. aku makan je. time tu aku tengok pejal, pejal tengok aku. pastu dua-dua gelak. yela orang raya-raya makan daging, ketupat, aku dengan pejal makan cucur tepung manis. pastu farid bangun dia bagi kiteorang biskut sebab dia pun tak ada maggi.hahaha. nasib baik ijat, kawan sekampung aku keluar and aku pinjam duit dia minta dia tolong belikan nasi. tu la hari raya haji yang aku paling ingat sekali.


p/s: sedap gak makan cucur manis di pagi raya. hahahaha. ada gak pengalaman beraya berjauhan dengan keluarga. selamat hari raya haji.

5 comments:

  1. pengalaman sunggoh. hihihi. memang setiap cuti semigu tak akan balik. gather ramai2 dengan kawan, buat kenduri sdn bhd. hohoho.
    selamat hari raya aidiladha botak! XD

    ReplyDelete
  2. eh to dea...tertinggal raya..
    nisa-selamat hari raya haji..da geng aku kbnyakkan dak kuching, aku tak dapat nak gather2..hahaha..semua pulang beraya...haha

    ReplyDelete