Saturday 28 May 2011

tempat jatuh lagi dikenang

tanggal 20 Mei 2011 lepas, semua pelajar tahun akhir plant dah selamat mem'present'kan projek masing-masing. aku pulak dah selamat membentangkan projek aku semalamnya yakni 19 Mei..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. tembak menembak di kalangan lecturer sudah satu kemestian. bersedia atau tak terima je la. pertama kali memasuki zaman tahun akhir, aku memang tak expect yang aku boleh habiskan projek aku. tapi akhirnya dapat gak aku habiskan. nampak macam senang, tapi tuhan je yang tahu perasaan aku. maybe thesis aku antara yang ternipis. dari abstrak ke rujukan cuma 26 pages. tapi itulah hasil kerja yang aku curahkan selama ini. terima kasih aku ucapkan kepada supervisor aku yang banyak membimbing aku and tahan karenah anak-anak dia.
supervisor aku

plant sc batch 08/09
masa aku post entry ni, maybe ada yang dah bersama dengan family tersayang, ada yang ngah buat preparation untuk majlis perkahwinan dia, dan ada yang ngah duduk kat kolej tunggu nak jilid thesis. aku pula duduk kat depan laptop dalam bilik kat kolej ni sebab aku terpaksa meneruskan perjuangan yang belum selesai. aku masih lagi berjuang untuk paper terakhir aku di UNIMAS, paper pelengkap. the only paper left (mudah-mudahan tak ada paper yang sangkut la). buat yang dah habis tu, mesti dieorang ngah sibuk mencari kerja. aku pula akan menyusul kemudian setelah pengajian aku tamat pada 26 Ogos 2011.

muka-muka yang selalu boleh dilihat sebelum ini, mula hilang satu persatu. gelak ketawa di dalam kelas plant batch 08/09 dah tak dapat didengar lagi. rasanya macam baru semalam kami berjumpa. kenal antara satu sama lain. tapi sekarang semua dah membawa haluan masing-masing. mengecapi kejayaan yang mereka impikan sepanjang pengajian. entah bila kami dapat bersama duduk semeja, sakat-menyakat, bergurau senda. tapi itu perjanjian hidup, yang hidup pasti akan mati, yang bertemu pasti akan berpisah. kalau diimbas balik, aku datang ke bumi kenyalang seorang diri, meninggalkan kawan seperjuangan di matriks, shy, atiq, din, azam, alif...ramai lagi lah. masa first time aku dapat offer ke UNIMAS, aku kat rumah atiq. sebab shy plan nak pergi sunway. memang sumpah aku macam nak gila. SARAWAK. aku mula terbayang dengan cerita-cerita orang pasal dekat sarawak. and otak aku mula refresh buku sejarah time secondary school yang cerita pasal rentap tu..dahsyat beb. mak aku pun macam kesian kat aku. betul ke aku boleh pergi sarawak. yelah sekolah kat kajang dulu pun tak lepas ni pulak sarawak. then she decided nak hantar aku pergi UNISEL. so nak tahu psl UNISEL ni kiteorang pun decide nak pergi open day dia. tapi time on the way nak pegi, aku cakap dengan mak aku....

"mak, adik rasa adik pergi je la sarawak tu. bukan selalu nak tengok tempat orang," dengan pasrahnya aku cakap

"kau betul ni??bukan kau yang tak nak pergi. sebab takut ngan orang sana?" mak aku hairan

"hurm tu cakap orang mak. belum pergi belum tahu." aku dengan konfiden jawab.

"dah tu tak payah lah pegi UNISEL. pegi rumah pak jak kita book tiket." bapak aku lak mencelah.

so camtu lah aku decide nak pegi sini. and bila dah sampai sini, memang jauh meleset dari yang orang cakap kat aku pasal sarawak ni. aku ni pulak bodo jugak. tak reti nak men'google' tu apa pasal. kan dah free je kena kencing. actually sarawak and orang dia memang best. warm and friendly. dan aku masih ingat word sarawak pertama yang zaid dan pejal ajar kat aku. 'lawa'. macam biasa tapi sebenarnya orang sarawak punya 'lawa' bermaksud sombong. seriously, kekadang aku rasa kena buli je bila kawan-kawan aku cakap sarawak tapi aku dok melongok tak paham pape. last-last aku nekad, aku cakap je sarawak..tak payah imagine. memang buruk pun bunyi dia, macam itik nak belajar berkokok, camtu lah. memang stok kena bahan je la..tapi macam english gak, learn from the broken part. last sekali, aku dapat gak conquer bahasa sarawak walaupun tak semua. ada gak classmate aku macam suzi, step, vero, and grace suruh aku belajar iban. tapi tak banyak. maybe kena duduk sini lama sikit kot...hahaha

suzi-step-grace

sepanjang tiga tahun aku kat sini aku kenal ramai orang. macam-macam peristiwa aku jumpa. berjumpa dengan dua pupu sendiri, kena baling dengan tin ridsect..hurm banyak kalau aku nak sebut. tapi kena baling dengan tin ridsect lah aku paling tak boleh lupa.hahaha. ni semua gara-gara menguras dengan razie sampai pagi. and sepanjang kat sini gak la aku sentiasa ingat pesan mak aku

"ingat, pergi tempat orang cari kawan bukan cari lawan..."

pesanan tu lah yang selalu aku ingat. buat baik dengan semua orang. insyaallah semua orang baik dengan kita. macam lirik lagu mantera beradu. 

"masuk tempat orang bawa otak bukan pisau"

aku rasa sampai sini je kot entry aku. memang banyak kenangan aku ngan dak kelas especially time field trip, dengan geng-geng uras..but i had to say goodbye. tapi bukan bermakna antara aku ngan dieorang terputus camtu je. kemon la FB ada kot. dunia semakin canggih. anytime kita boleh contact. but i'll miss every moment in my three years study at UNIMAS.
inilah geng aku menguras. except yang perempuan tu lah. tu bukan ahli. hehehe




Saturday 7 May 2011

selamat hari mak

bulan mei pun dah menjengah ke kalendar aku, maksud nya ak kena double kan kerja aku sebab semester dah nak berakhir and final year project (FYP) pun dah nak kena submit. plus presentation, nak jilid lg pe semua.huh..memang sakit duduk dekat sem akhir ni (not last actually, cause aku still kena buat short sem nak cukup kan jam kredit). hurm dengan last paper for my final exam + assignment. keluar semua peluh sejuk aku. tak dapek nak buek apo laie ni ar..

but when talking about 'may', there was a day we celebrate each year...yup. MOTHER'S DAY..and it's happen tomorrow. actually ada banyak version tentang HARI MAK ni...ada some part in the world yaang celebrate their mother's day on february, march, april, june, july...banyak lah..and contoh terdekat Indonesia, dieorang celebrate mother's day on 22 December and its fixed (correct me if i'm wrong). but here in Malaysia, we celebrate mother's day according to Mother's Day International Association and this year, it fall on 8th of May (second sunday in May). so ahad ni merupakan HARI MAK. so apa lah hadiah korang untuk emak@ibu@mummy@mum@mama korang yang berada di rumah sekarang ni? seriously aku tak ada pape nak bagi kat mak aku. and for me, appreciate someone bukan bermaksud nya kena bagi hadiah dekat orang tu. bagi aku meluangkan masa bersama orang yang kau sayang dah cukup untuk menjadi hadiah yang bermakna bagi orang yang paling kau sayang dalam dunia ni.

so what i'm going to do this sunday?? hurm sekejap..lost..haaa...hehe..aku nak call mak aku je..maybe nampak macam common kot..or orang cakap bese-bese je...tapi bagi aku dapat bagi mak aku dengar suara  aku time HARI MAK dah buat mak aku bangga abis..hahaha..tapi akan ada sesetengah orang akan cakap, nak sayang mak hari-hari pun boleh, tak payah nak ada hari-hari tertentu...tapi bagi aku pulak, tak semua hari kita dapat buat mak kita gembira. maybe ada hari kita akan gembira kan dia, tapi maybe ada hari kita akan buat dia menangis sebab perangai kita. so di HARI MAK ni, aku try not to make my mom cry.kalau dia nak nangis pun sebab she's touched tengok anak dia jadi baik.hehehe..sebab apa aku cakap camtu, sebab dalam adik-beradik aku lah yang paling nakal sekali. mak aku cakap kalau time tido mata aku terbuka, and orang tua-tua cakap kalau tidur camgitu, maksudnya nakal bebenor la tu. tapi mak aku sabor je layan kerenah aku ngan abang n akak aku...aku sorang je dalam adik-beradik pernah nak bakar rumah gara-gara main api kat belakang rumah...aku jugak lah yang buat basikal purple akak aku terbang terselit celah pokok sagu...bila dah masuk sekolah lak, aku sorang je yang jadi uras...abang dengan akak aku jadi pengawas, adik dia harammmm..hahaha. dah masuk sekolah menengah, tukar sekolah sampai dua kali. sebabnya time nak masuk form 1 aku dapat offer pegi SBP..and sekolah tu sekolah agama..hehehe. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK). 

korang pegi kajang korang cari la sekolah ni, kompem ada. hahaha.

then nak dipendekkan cerita, aku ni kuat tido dalam kelas time cikgu mengajar. time yang aku celik subjek sejarah ngan geografi. sebab aku minat dua subjek tu time sekolah. dua subjek tu je la yang aku skor. math aku? ke laut sebab aku tak buat latihan ngan tido tym kelas. maka dengan itu, bila tiba form 2 pertengahan tahun, mak aku pun ambik aku balik letak kat sekolah dia. sebab nya math aku time tu bukan main teruk lagi. hahaha..soalan algebra pun aku da tercengang..belum pembezaan dengan pengamiran lagi..tu memang aku surrender. so aku pun di bawa ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru (SMKPB) kat muar. yang ni sekolah mak aku ngajor tu. memang sumpah aku jadi budak baik kat sekolah ni. tapi tak de la baik sangat sampai ada ring atas kepala.hehehe. kalau dah nama uras still uras gak.

sekolah ke-2 aku time secondary

so kesimpulannya bukan nak tunjuk sekolah aku (tapi kira korang dah tau la sekolah lama aku), cuma nak cakap, aku la yang paling buat hal dalam adik beradik. sampai tukar sekolah. abang aku tukar sekolah gak tapi sebab sekolah lama dia sampai form 3 je. form 4 kena pindah sekolah lain. aku, sekolah lama sampai form 5, tapi form 2 dah kena transfer. sebab 'baik' sangat.hahaha. tapi mak aku tak pernah memilih kasih sayang antara kami bertiga, in fact kalo arwah abang adi and abang mamat ada, dia tetap sayang gak camne dia sayang aku, abang aku and akak aku hari ni. dia sayang sama semua anak dia walaupun aku ni banyak bagi masalah kat dia. omputeh cakap aku ni kira macam black swan la, tapi mak aku tetap anggap aku putih gak.hehehe


my beloved mom



"mom, thanks for everything, i love you so much. happy mother's day"

p/s: sayangi dan hormatilah mak kita....assalammualaikum