Monday 28 November 2011

lelaki berjalan

okay guys, ko pernah dengar lelaki berjalan? okay tak pernah? walkman? confirm pernah. for those teenagers yang lahir dalam 80's and early 90's pernah dengar and jumpa benda alah walkman ni. but the younger future i'm not sure whether mereka-mereka ini pernah melihat benda alah bernama walkman ni. actually nama walkman ni datang dari sony. those younger future akan tau nama ni bila dia beli handphone sony ericsson, tapi tak tau camne actually bentuk walkman ni, tapi kita (for those who know the origin of walkman), mesti akan teringat zaman kanak-kanak kita. LOL. zaman sekarang most of kids know only ipod, mp3, ipad, iphone, blackberry etc. bila sebut walkman mesti blur sekejap. hahaha

okay, bila bercakap pasal walkman ni, benda ni kira thing must have bila ada kat hostel. aku pun ada gak walkman ni, aku amek akak aku punya time aku masuk hostel. time tu handphone pun paling up ada game snake. mana ada boleh dengar radio lagi. hahaha. 

kira camgini lah walkman masa aku kat hostel

ini kira walkman yang banyak orang pakai time aku duk hostel. tuning channel radio pun time ni pun pakai pusing je...haha. tak ada tekan-tekan keluar nombor apa semua. then ada satu lagi kumpulan, kira ni berduit sikit la. dia pakai yang digital punya. tak ada pusing-pusing. tokan jo. haha. tapi saiz dia masih besar camni lagi. then geng senior lak selalunya pakai yang slim punya. damn, aku dulu berbulu je mata. nak beli duit tak dak. pastu kalau beli pun takut hilang. tapi time tu siapa yang pakai walkman slim tu memang smart. paling up habis la time tu. 


ni kira up la siapa pakai. hahaha
ada gak sesetengah yang kira pegang title anak lord pakai discman. yang pakai cd je. tapi time aku form 1 cd tak banyak lagi jual pastu mahal. then bila aku dah form 5 baru bapak aku belikan mp3. time tu dah tak ada lagi walkman orang pakai sangat.

p/s: agak-agak korang ada tak budak hari ini nak pakai benda alah camni?




Thursday 10 November 2011

titik hitam~

dah lama gila tak main futsal. serius semput tadi main. balik-balik je tetiba dapat idea nak update blog. serius semput aku nak menaip ni. hahahaha

apa yang korang nampak dari gambar kat atas? mesti semua orang akan cakap nampak titik hitam. seriously masa aku tengok aku pun cakap macam tu. then tetiba kawan aku sound, orang memang senang nampak titik hitam tapi tak nampak pun warna putih yang sebesar alam. itu lah adat manusia, senang nampak kelemahan orang atau kecacatan orang, tapi kebaikan dan kelebihan dia orang tak nampak. tak payah pergi jauh, aku manusia, so aku admit kekadang aku pun ada fikiran camtu. lepas aku tengok gambar ni, aku pun ternampak satu gambar kat page harimau malaya.


korang mesti kenal kan siapa lelaki kat atas ni... memang la tak ada korean look.. hahahaha. actually ni lah mike tyson time dia pergi tanah suci mekah. buat umrah kalau tak salah aku. i bet you can see the tattoo on his hand right? as i said before, ada beberapa komen menyentuh pasal tatu dia. tapi tak cakap pun pasal backgorund tempat dia berada.

p/s: thanks to the page harimau malaya and my friend's page cause gave me some idea to update my blog. dan terpikir gak, kalau orang yang berlagak baik depan orang tertentu tapi perhubungan dengan orang lain tak dijaga macam mana??

Sunday 6 November 2011

livery syarikat penerbangan yang aku rasa unik dan menarik

last time aku naik kapal terbang masa aku balik dari sarawak masa konvokesyen. lepas habis study kat UNIMAS mesti jarang dah aku dapat naik kapal terbang. ada beberapa livery yang bagi aku menarik and cantik sepanjang aku terbang di awan biru (bapak gila poyo ayat. hahaha). menarik dan cantik itu adalah perkara subjektif. maybe cantik di mata aku tapi tak cantik di mata kak limah. hahaha. so kat bawah ni ada beberapa livery syarikat penerbangan yang aku rasa menarik.

                            

tengok lambang mesti korang da tau syarikat penerbangan apa kan. livery dekat gambar belah kanan kalau korang perasan ada dua kalau tak silap aku, merah and biru and livery digunakan pada sebahagian kapal terbang MAS time tahun melawat malaysia kalau aku tak salah lah. kalau salah harap betulkan. aku lebih suka warna biru ni. and MAS ada livery baru (gambar sebelah kiri). bagi aku simple and naissss... tapi ada gak tak berapa setuju sebab nampak macam cikai sangat bagi sebuah syarikat penerbangan yang terkenal. macam aku cakap kat atas tadi, cantik dan menarik itu subjektif.


livery thai airlines yang baru ni pun cantik gak. walaupun nampak simple tapi contrast colour yang dia mainkan bagi aku okey. kalau rainyscream tengok mesti dia suka sebab dia kata dia minat purple...hahaha


Gulf air, syarikat penerbangan bahrain. aku naik airlines ni masa pergi egypt dulu. aku tak sure semua flight dah pakai livery ni or not, tapi bagi aku livery ni antara livery yang cantik. ada unsur calligraphy and warna royal blue and golden menambah lagi kontra warna. 


yang ni aku search kat internet. aku tak tau pulak vietnam ada airlines sendiri. nasib baik ada cik googles. oh noob abes aku. and bila result dia keluar bagi aku pilihan colour dia cantik.


jiran sebelah negara. singapore. simple and smart.


KLM royal dutch airlines. ni livery yang dieorang baru introduce. smart kan? kalau tengok dari jauh macam biru je. bila tengok dekat ada tile pattern kat livery dia. smart.

p/s: livery dekat fiuslaj memainkan peranan samaada dalam penggunaan minyak atau advertisement. makin banyak decoration dekat livery menambah berat kapal terbang, jadi memerlukan kuasa yang lebih and penggunaan minyak yang lebih tapi maybe boleh membantu dalam advertisement dan menarik customer. cuma perlu diingat, layanan dan perkhidmatan mungkin tidak diukur pada livery. and tak semua kapal terbang dalam syarikat penerbangan tu ada livery yang sama. sebab nanti karang ada yang cakap livery dia tengok lain, livery aku tengok lain. heeeee. peace.

Saturday 5 November 2011

selamat hari raya haji

hari raya haji or hari raya korban or hari raya idul adha. berbeza nama tapi perayaan yang sama. regarding about raya haji, dekat area johor ni disambut secara kecil-kecilan dengan melakukan ibadah korban, berbeza dengan negeri pantai timur, macam kelantan and terengganu, yang mana diaorang meraikan secara meriah bila raya haji menjelma. so aku pun tak ada lah persiapan apa pun, baju melayu pun pakai je la mana yang ada. jarang aku pakai sampin kalau pergi sembahyang raya haji. rasa macam nak pakai jeans pun ada tapi karang membebel lak mak aku. selalu nya aku pergi pakai seluar and baju melayu je. itupun kadang-kadang malas gosok. hahahaha

seumur hidup aku selama aku berusia 22 tahun ni, sekali je aku sambut berjauhan dengan keluarga. aku tak balik sebab time tu exam final kalau tak silap aku. memang ada cuti seminggu, tapi aku malas nak balik. aku lepak dekat kolej ngan pejal and farid. dieorang budak miri. miri dengan kuching jauh. makan masa 12 jam perjalanan pakai bas kalau aku tak silap masa pejal bagitau aku. so kiteorang melepak la kat kolej. nak dijadikan cerita, motor aku dengan pejal time tu rosak, so pagi tu kiteorang pinjam motor ady pergi sembahyang raya, tapi tak dapat lama sebab ady nak pegi rumah cousin dia dekat batu 12, so aku and pejal pun balik dengan sepantas  kilat. ady ada gak ajak pegi rumah cousin dia, tapi aku kesian nak tinggalkan pejal sorang-sorang and pejal pun pikir benda yang sama. so ady cakap nanti balik malam dia bawa makanan. time tu aku dengan pejal dah la tengah pokai. motor rosak. last-last sekali pejal buat cucur tepung sebab dua-dua tak ada maggi... ramuan dia senang je, tepung campur air, letak gula sikit pastu goreng. aku makan je. time tu aku tengok pejal, pejal tengok aku. pastu dua-dua gelak. yela orang raya-raya makan daging, ketupat, aku dengan pejal makan cucur tepung manis. pastu farid bangun dia bagi kiteorang biskut sebab dia pun tak ada maggi.hahaha. nasib baik ijat, kawan sekampung aku keluar and aku pinjam duit dia minta dia tolong belikan nasi. tu la hari raya haji yang aku paling ingat sekali.


p/s: sedap gak makan cucur manis di pagi raya. hahahaha. ada gak pengalaman beraya berjauhan dengan keluarga. selamat hari raya haji.

Friday 4 November 2011

bilik idaman dan 5 benda yang aku nak ada dalam bilik tidur aku

aku seorang yang suka simple. tak suka serabut sangat. that's why aku selalu bertikam lidah dengan mak aku bila dia letak decoration atas meja. aku kata macam menyemak je. tapi mak aku kata macam lawa. so aku ada beberapa bilik tidur impian and 5 benda yang aku nak ada dalam bilik tidur aku. haha






aku suka bilik-bilik design camni, simple tapi boleh isi macam-macam and tak nampak bersepah. the first two pic tu nampak macam luxury sikit, and for married couple. so for now aku prefer the last three pic as orang bujang. hahaha


and 5 benda yang aku nak ada dalam bilik aku selain basic need macam katil, kerusi, meja, bookshelf, etc :-

1. buku/komik


2. PC desktop


3.Alarm clock


4. movie poster (letak dalam frame and gantung kat dinding)


5. lampu meja study



hurmmm setakat ni, tu je la yang main dalam kepala otak. aku tak suka sangat benda berenda-renda. tapi katil aku sekarang mak aku yang beli, so design dia taste mak aku. hahaha. nak buat camne makan masih mak bapak tanggung. insyaallah kalau dah kerja, aku try accomplish bilik idaman aku. hahaha

Wednesday 2 November 2011

panggilan misteri~

entry kali ni bukan panggilan misteri yang kena mengena dengan cik pon, jembalang, hantu raya atau makhluk yang sepupu sepapat dengannya... bukan juga panggilan hangit hot fm mahupun bau hapak kawan korang buat prank call tuk korang. pernah tak korang tengok no ni????

03-20366888 @ 03-20367188

aku dapat satu call dari number ni. unfortunately aku tak sempat angkat. bila aku tengok number tu, aku teringat time aku jumpa prof aku masa pesta konvo, number ni ada call and claimed dieorang dari bonuslink. so aku pn google la. bukan number bonuslink tapi number telemarketer. dari feedback yang aku baca kat page tu macam banyak yang tak puas hati je. so korang baik-baik la..peace