Monday 15 August 2011

bulan ogos dan bulan ramadhan.

lama gila dah tak update blog.. haha. semua gara-gara laptop aku yang dah biol dan diserang virus. so every time aku balik sarawak, aku cuma ada buku komik lawak kampus yang menemani aku sepanjang ketiadaan laptop. uodate blog ni pun pakai laptop member. hahaha. member pegi bazaar aku la pulak conquer. muahaha. gelak stereotype supermak super villain. so di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat mennyambut ramadhan karim kat semua. walaupun aku tahu arini 15 ogos sama dengan 15 ramadhan, tarawikh pun dah start baca doa qunut time witir, but its still ramadhan. hehehe

before ni aku ingat tahun lepas puasa last aku kat UNIMAS, rupa-rupanya tak... aku diberi peluang buka awal lagi tahun ni. hahaha. tapi nampak gayanya tahun depan aku kena buka lambat la...sebab dah puasa kat semenanjung. huhuhu. tapi tak pe la, janji puasa. pejam celik pejam celik aku tengok kalendar, sekejap je da masuk minggu ke-3 ramadhan, exam final aku pun makin hampir. omputeh cakap around the corner.. alhammdulillah setakat ni carry mark okay, just this week busy sikit sebab nak uruskan pemulangan motor hamba ke semenanjung. motor yang dah berkhidmat selama setahun setengah time aku kat UNIMAS ni. and next week exam aku start. tapi satu paper je pun. hahaha. 24 hb nanti aku akan terbang ke langit biru dan mendarat di senai. membawa segala kiriman kek lapis mak aku. hehehe. pastu raya, tapi tak tahu la dapat lagi ke tak duit raya. hahaha

p/s: tak sabar nak balik nak cari air katira kat BP... kat sini dah puas cari tak ada. huhuhu