Monday 26 September 2011

jawapan untuk perokok..baekk punyerr


mesti korang tau kan harga sekotak rokok kat luar sekarang dah mencecah RM10 sekotak (bagi dunhill dan malrboro, not include texas 5, rave, era and etc). so sesiapa yang ada awek confirm awek korang dah membebel lecture korang pasal pembelian rokok yang makin lama makin mahal ni. dialog ni aku jumpa kat page kawan aku and ada sedikit kesalahan pengiraan yang aku dah betulkan (tu pun lepas kawan aku tegur. tau la ngah amek master math..haha)

GF: you tau tak rokok ni boleh buat you cepat mati?
BF: ajal maut kan kat tangan tuhan. bukan manusia yang tentukan.
GF: menjawab je. berapa banyak duit you habis beli rokok ni?
BF: sekotak RM10. serious feeling abes. (slumber menjawab)
GF: okay let say you merokok sehari sekotak. dah RM10. amek average sebulan 30 hari, dah RM300. kalau  dalam setahun ada 12 bulan dah RM3600. you start merokok dah berapa tahun?
BF: i hisap umur i 14 sekarang umur i dah 24. ada lah dalam 10 tahun.
GF: hurm kalau setahun you spent dalam RM3600, that's mean dalam masa sepuluh tahun you dah spent RM36000. you dah boleh buat down payment kereta dah. setakat swift i rasa dah lepas kalau u simpan banyak tu.
BF: hurm tak sangka you pandai math, tapi satu soalan lah saya nak tanya.
GF: apa dia?
BF: you merokok tak?
GF: of course la tak.....
BF: mana swift you? i tak nampak pun. 
GF: pfffffftttttt

so guys kat luar sana ada berani nak try ayat ni bila kena bebel ngan awek korang kat luar sana? hahahaha

p/s: thanks to areff helmi for the story. aku pun tak tau ko dapat kat mana, and thanks to syarifudin kecik, for the correction. peace.

menyenangkan atau menyusahkan?

source: http://twitpic.com/6qrrir

so korang rasa auto correct yang ada ni menyenangkan atau menyusahkan??LOL

do not littering

agak-agak korang, apa korang rasa bila depan mata korang dengan sewenang-wenangnya tanpa perasaan buang sampah sebesar alam? kalau setakat wrapper gula-gula maybe ada secebis kemaafan di situ. tapi bagi aku it's still sampah or uras. kes ni terjadi time aku berhenti satu R&R menghala ke utara. i'm not sure where but i think it was R&R Behrang if i'm not mistaken. kalau salah minta lah dibetulkan. kes dia macam ni, tengah duduk dalam kereta tunggu orang keluar buang air adalah satu kereta park sebelah kereta aku, then dia buka pintu segala bagai. driver merangkap bapa budak-budak  ni pergi beli air + snack kat gerai yang ada dekat situ. while anak-anak dia dari kiri dan kanan kereta dengan perasaan tak bersalah letak je sampah tu atas jalan walhal tong sampah sebesar alam ada depan kereta dieorang. bapa aku horn lah tapi budak tu buat dek je. mak aku nak tegur tapi aku cakap dengan dia, for safety reason janganlah. kita bukan kat europe, diaorang open and boleh terima teguran. kat malaysia sekarang pasal hal tegur pun boleh berbunuh. aku cakap dengan mak aku, think positive, maybe dia tengah kumpul sampah dia yg kat dalam kereta tu. so lepas tu bapak aku pun cerita la, kalau dekat masjid kekadang ada orang berhenti tukar lampin baby, diapers tu dia biar je kat tempat ambil wudhu'. bukan tak ada dustbin. orang macam ni pun ada. kita berbangga dengan orang luar yang kita penuh dengan adab ketimuran? itu ke adab ketimuran yang kita ada?

aku ingat lagi masa budak-budak dulu cikgu aku ajar, kalau tak jumpa tong sampah simpan sampah tu dalam poket seluar or bag. dah jumpa baru buang. sampai sekarang aku apply kot. seriously aku cakap, aku lagi respek kat brader yang pakai koyak-koyak, serabai apa semua, but know how to keep the cleanliness dari orang yang pakai cantik-cantik, nampak macam good good je, pastu cakap pung pang pung pang pasal kebersihan segala bagai tapi buang sampah merata-rata gak walaupun tong sampah beberapa kaki je kat depan. aku cakap ni sebab benda ni semua depan mata aku sendiri. pakaian alhamdulillah memang dah baik dah, sejuk mata orang tengok. kalau mak para gadis tengok memang nak amek jadi menantu la senang cerita. tapi sayang, buang sampah merata.

p/s: sebelum korang nak buang sampah merata-rata, korang fikirlah perasaan mak cik cleaner tu, cuba kalau parents kita yang jadi cleaner tu.. apa korang rasa? rasa oren? 

Saturday 17 September 2011

kerana nila setitik....(version of 16th Sept)

pergh da banyak gak sawang-sawang usang kat dalam blog aku. yela da blog aku pun duduk nya kat laman sesawang, takkan banyak rumput lak kan.. mesti la banyak sawang. okay, first of all aku nak wish selamat hari raya, maaf zahir batin. raya 30 hari, so masih boleh la nak ucap selamat hari raya dengan minta pengampunan pe semua ni (da macam PATI la pulak aku nak minta ampun bagai)

okay focus balik dengan tajuk. beberapa hari yang lepas, aku ternampak la satu tweet member aku ni. she's complaining about satu page kat facebook yang macam berbau 'kerasisan'. one of the page bunyi camni 'semenanjung anti sarawak bodoh'.

lepas tu aku baca la komentar-komentar yang dilontarkan. aku tak kisah sangat la pasal komen tu. tapi yang aku berangin pasal admin page yang sengal. nama page tak nak macam satu semenanjung anti, padahal ko sorang syok sendiri meng'anti' orang. lain kali ko tulis la mak jemah yang anti ke. at least kalau kena kutuk memang ko sorang je. da kau je yang anti. ni tak nama semenanjung juga kau jual. sengal. bila orang yang komen tu marah-marah nama orang semenanjung macam aku yang innocent ni juga terpalit sama. dumb racist. sempena hari malaysia yang baru je lepas beberapa jam dari aku update blog ni, nasihat aku, udah-udah le racist sangat. tak kemana dengan 'kerasisan' kau tu. dalam kubur nanti malaikat tak tanya pun kau bangsa apa, kau asal mana semenanjung ke sarawak ke sabah ke. amalan kau gak yang dia tanya.

p/s: kepada classmate aku yang da bekerja tu, hulur-hulur la duit raya tu sikit kat aku ni haaa...before raya abes. muahahahaha