Monday, 26 September 2011

do not littering

agak-agak korang, apa korang rasa bila depan mata korang dengan sewenang-wenangnya tanpa perasaan buang sampah sebesar alam? kalau setakat wrapper gula-gula maybe ada secebis kemaafan di situ. tapi bagi aku it's still sampah or uras. kes ni terjadi time aku berhenti satu R&R menghala ke utara. i'm not sure where but i think it was R&R Behrang if i'm not mistaken. kalau salah minta lah dibetulkan. kes dia macam ni, tengah duduk dalam kereta tunggu orang keluar buang air adalah satu kereta park sebelah kereta aku, then dia buka pintu segala bagai. driver merangkap bapa budak-budak  ni pergi beli air + snack kat gerai yang ada dekat situ. while anak-anak dia dari kiri dan kanan kereta dengan perasaan tak bersalah letak je sampah tu atas jalan walhal tong sampah sebesar alam ada depan kereta dieorang. bapa aku horn lah tapi budak tu buat dek je. mak aku nak tegur tapi aku cakap dengan dia, for safety reason janganlah. kita bukan kat europe, diaorang open and boleh terima teguran. kat malaysia sekarang pasal hal tegur pun boleh berbunuh. aku cakap dengan mak aku, think positive, maybe dia tengah kumpul sampah dia yg kat dalam kereta tu. so lepas tu bapak aku pun cerita la, kalau dekat masjid kekadang ada orang berhenti tukar lampin baby, diapers tu dia biar je kat tempat ambil wudhu'. bukan tak ada dustbin. orang macam ni pun ada. kita berbangga dengan orang luar yang kita penuh dengan adab ketimuran? itu ke adab ketimuran yang kita ada?

aku ingat lagi masa budak-budak dulu cikgu aku ajar, kalau tak jumpa tong sampah simpan sampah tu dalam poket seluar or bag. dah jumpa baru buang. sampai sekarang aku apply kot. seriously aku cakap, aku lagi respek kat brader yang pakai koyak-koyak, serabai apa semua, but know how to keep the cleanliness dari orang yang pakai cantik-cantik, nampak macam good good je, pastu cakap pung pang pung pang pasal kebersihan segala bagai tapi buang sampah merata-rata gak walaupun tong sampah beberapa kaki je kat depan. aku cakap ni sebab benda ni semua depan mata aku sendiri. pakaian alhamdulillah memang dah baik dah, sejuk mata orang tengok. kalau mak para gadis tengok memang nak amek jadi menantu la senang cerita. tapi sayang, buang sampah merata.

p/s: sebelum korang nak buang sampah merata-rata, korang fikirlah perasaan mak cik cleaner tu, cuba kalau parents kita yang jadi cleaner tu.. apa korang rasa? rasa oren? 

1 comment:

  1. hahai ~ kesian nye rase... kurang civik dah tu... selalu orang gini dari kecik kurang didikan supaya lebih ber hati perut kpd orang lain ~


    hihik, rase oren. kelakau ^_^

    ReplyDelete