Sunday, 26 June 2011

susu KLIM

korang pernah dengar susu slim klim?? hurm aku pun sebenarnya ingat-ingat lupa pasal susu ni. maybe mak aku suap aku pakai susu ni kot dulu-dulu time aku masih suci macam boboi..haha..sebab yang seingat aku mak aku bubuh susu nespray je dalam air milo aku tiap kali aku nak pegi sekolah time tadika dulu..tak tau la time baby dia sumbat aku pakai susu ni....yela dulu mana ada enfagrow, sustagen pe sume...(konpiden je cakap takde...ntah-ntah berlambak je...)

petang tadi time aku mengecat dapur kabinet mak aku, aku bersihkan la kabinet apa semua sekali..dah alang-alang mengemas...tengah mengemas tu la aku jumpa bekas air ada tulis klim ni...terus tetiba aku ada kebolehan flash macam chuck...itu memang kencing...haha..sorry aku kipas susah mati chuck..oke-oke back to the topic..aku pun teringat yang klim ni sejenis susu..cuma aku tak ingat bila aku minum. tapi yang pasti aku ada minum....maybe before aku minum nespray kot..haha

botol ni la aku jumpa tadi...it flashed me..hahaha


kiut je ak tengok botol ni..hurm tapi aku cari gak botol spritzer yang warna warni tu..dah tak de..maybe da kena buang..korang ingat tak?? ala yang warna merah, biru ngan hijau tu..meriah gila bawa pegi sekolah time tu... then bila nak minum je gigit tutup pastu tarik ke atas..kita minum dulu..tapi sayang botol tu kemek sana sini..sebab isi air panas...hahaha

Tuesday, 14 June 2011

ditiduri lipan

semalam bosan-bosan aku usha balik album lama-lama time aku first year and second year. memang sumpah aku gelak tengok gambar zaman bodoh-bodoh dulu. paling aku tak tahan video sambut birthday budak-budak ni. memang kejam abes dieorang prank. dieorang tu termasuk la aku sekali. pastu aku pun usha la gambar lain. klik punya klik aku nampak satu folder ni.
latihan industri-HL & HBP

aku pun buka la folder gambar time aku LI ni. memang lawak la tengok gambar berangan bawa traktor apa semua.. pastu aku pun baring. nak berangan mengenang memori silam jap. entah camne aku teringat kes yang aku kena time kat MARDI Cherating ni. tapi kes ni tak ada dalam gambar ar... kalau ada kena censored. hahahaha. malam kejadian tu, aku tido dengan lena abes. aku tak sure malam tu hujan ke tak tapi yang aku sure sedap la aku membuta. tiba-tiba aku di kejutkan oleh kegatalan di p******g aku. aku pun garu lah sebab benda tu menyocok-nyocok... garu-garu tak hilang gak. pastu aku tengok sebelah ada objek bentuk macam udang kecik. aku pun pelik sebab aritu aku memang tak ada pegi pantai. aku pun try tido balik. belum seminit aku pejam mata, p******g aku da start gatal balik. kali ni lagi horror.. aku rasa ada benda bergerak-gerak pulak. ini tak boleh jadi. aku pun bangun berdiri. aku nekad. aku kena check gak. aku pun buka sikit boxer aku. tengok apa ada dalam boxer aku tu. nasib baik lampu bilik tu aku tak tutup. aku pun nampak la binatang ni. comel je lipan bara tu bertenggek dalam boxer aku. adalah besar macam jari hantu aku. naseb baik aku tak seluk. hahaha. kalau tak naya kena sengat kat jari. tapi kat jari okey lagi. kat tuuuutttt... abes padam salasilah aku.hahahaha.. pastu aku pun tutup balik boxer aku (memang tindakan yang sengal plus mamai. kalau orang lain aku rasa da drop je boxer tu lari naked). aku usha line dulu sebab ada kawan aku sekali tido sebelah. karang kalau dia tersedar dia ingat aku nak rogol dia pulak sebab bukak boxer. dah aku usha line clear, aku pun cabut boxer aku. campak jauh-jauh. dah aku cover diri aku dengan selimut baru aku kejut kawan aku. dia pun bangun. tolong bunuhkan lipan tu. aku tak sampai hati nak bunuh binatang tergamam sebenarnya. start dari tu memang aku tak tido lagi pakai boxer kat tempat praktikal tu. and tula kali pertama manusia ditiduri oleh lipan..hahahaha. maybe aku main pheromone banyak sangat kot time tolong Pn. Rahemah kat kebun tu. hahaha. tu yang lipan tu syok dengan aku.

bayangkan benda ni ada dalam seluar or boxer korang. apa korang rasa.
da  boleh jadi ali khan aku. hahaha


tapi yang aku tak boleh blah, hari last before aku balik muar, tetap gak aku kena sengat. entah camne boleh ada penyengat time aku bangun pagi tu. kat tilam aku. member aku tak kena pulak. padahal sebelah je. terlepas sengat lipan tercucuk sengat penyengat. deyyymmmm.

p/s: aku rasa aku boleh jadi ace ventura. dari kecik sampai besar ada je binatang nak berdamping ngan aku. hahaha

Tuesday, 7 June 2011

kodok, kasut & aku

aku kuar rumah awal pagi hari ni. dalam pukul 4.45am camtu sebab nak kejar flight 7.30am kat senai. time tu hujan and banyaklah kodok kat dapur rumah aku. yelah rumah aku ni kiri kanan kebun sawit, so 'tetamu' tak diundang ni banyak. tetiba aku ternampak ada sekor kodok ni parking baik punya sebelah kat kasut converse all star season aku. mak aku pun halau lah kodok tu.

"naseb baik kodok tu tak masuk dalam kasut ko dik. da la 'geluput' semacam kasut ko" mak aku sound aku pagi-pagi buta.

kasut kesayangan yang dah 'geluput' sekarang


pastu aku pun tengok je la katak tu melompat-lompat kegembiraaan, berlalu pergi dari kasut kesayangan aku tu. kodok?dalam kasut aku? terus ak terbawa ke memori silam time aku sekolah rendah. dah macam naik mesin masa time tu. padahal aku naik van. cerita dia camgini, time aku sekolah rendah dulu, pernah satu pagi time siap-siap nak g sekolah, aku sarung je kasut yang terletak 'cantik' kat hujung tiang.hehehe...kasut akak ngan abang aku lak letak atas pangkin. dan malam sebelumnya hujan lebat. and bila keluar pagi tu, aku memang dengar dengan jelas, terang dan nyata bunyi kodok-kodok kegembiraan sebab berjaya dalam misi memanggil hujan. tapi aku buat tak tahu je...aku pun dengan enaknya menyarung kasut sekolah aku yang putih dan suci dalam debu tu. bila aku da sarung, aku jalan macam biasa pegi ke kereta tunggu bapak aku kuar. aku rasa sejuk semacam je kat hujung kaki aku?

"basah ke kasut aku kena hujan?tapi apasal sebelah je sejuk?sebelah lagi biasa je aku rasa.."dalam hati aku bertanya.

pastu aku pun tanggalkan la kasut aku..time tu pakai kasu sparx. famous kasut tu dulu. tapi bukan yang tali nye..yang jenis lekat-lekat nye..tengok dalam kasut gelap je...tak nampak apa pun...aku pun ketuk lak kasut aku tu..hahaha..mesti korang da dapat agak apa yang kuar..of course la cik kodok. elok je melompat-lompat. tapi mesti dalam hati katak tu cakap tak guna punya kaki..busuk punya olang, mata aku da nak jadi pangkah ko taw tak..X_X....naseb ko la kodok merasa stokin aku sebagai sarapan pagi ko. naseb baik aku check awal. kalau aku check kat sekolah tak ke naya kalau dia melompat dalam kelas. bukan kodok tu je melompat, mau dengan budak perempuan melompat.so guys, nanti kalau nak pakai kasut time-time pas hujan tengok la dulu dalam tu..ketuk-ketuk la dulu..mane tau ada tetamu tak di undang dalam tu. hahahaha

jaga-jaga....maybe benda ni ada dalam kasut anda.hahaha

Saturday, 4 June 2011

itu dulu..ini sekarang

pernah korang tengok floppy disk gedabak warna hitam tu???

hah apa jawapan korang? pernah tengok tak?haha..maybe ada orang pernah tengok kot or maybe tak pernah. benda ni rare gila kot sekarang. kat umah aku dulu ada satu komputer yang boleh read floppy disk ni. time tu aku baru pra sekolah kalau tak silap aku. and game yang aku main dulu prince of persia dengan zelda kalau tak silap aku. serious old school time tu. hahaha. rindu gila zaman kecik dulu. sekarang entah mana komputer tu mak aku letak. aku start pakai komputer yang pakai CD-ROM time aku darjah 2. windows 95. hahaha. and bila da ada komputer tu, nak surf internet punya la susah pakai modem. time tu mana la ada wireless lagi. nak connect tu pn berjam-jam lama nye. and browser mane ade google chrome. nak surf pakai netscape navigator. logo stereng kapal.
                    


ni la game aku main time kenal komputer mula-mula dulu
tapi sekarang da berubah. dah tak de lagi jumpa floppy disk gedabak besar macam gambar kat atas tu. disket kecik yang sebelah tu pun aku rase da susah nak jumpa. sekarang semua dah pakai thumbdrive. dah la storage besar compared dengan saiz thumbdrive tu sendiri. and kalau dulu kat laptop mesti ada disk reader, sekarang tinggal tempat CD ngan USB port. memang jauh berubah. kids nowadays memang takkan jumpa benda ni semua. well tak boleh salahkan dieorang. dieorang lahir zaman-zaman iphone and blackberry, aku pulak lahir zaman upih pinang. dok ke lari jauh tu. pape pun setiap orang yang lahir dalam era masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. and as 80's kid, i think i'm lucky enough to see these changes.hahaha. entah apa yang lucky nya tengok perubahan ni pun aku tak taw. lucky to have sentimental value kot..haha.



Friday, 3 June 2011

selamat hari gawai

sorry sebab lambat update pasal hari gawai ni.actually hari gawai di sambut each year on 1st of june. and satu sarawak akan cuti nak merayakan hari gawai ni because majoriti penduduk kat sini adalah orang dayak. and the best part here, tak kesah la raya apa sekali pun each people will take part. raya puasa ke, raya cina ke, gawai ke, krismas ke, setiap orang pergi menziarah. and for those out there, don't be afraid. dieorang kat sini faham antara satu sama lain. so put aside our prejudice fellows. maksud aku kat sini dieorang faham keadaan kita sebagai seorang muslim and that the part yang best, aku lom pernah jumpa dekat semenanjung because all of my life time dekat semenanjung, aku duk di kalangan orang aku sendiri je. so aku tak dapat nak faham budaya orang lain. and bila datang sini baru aku dapat belajar. setiap orang kat sarawak ni menghormati hak masing-masing.

but the worst part, aku tak dapat nak ngabang pegi open house rumah kawan-kawan aku yang dekat-dekat kuching macam ik and grace. sebab sebelum ni da dua kali aku nak pegi tapi aku kat semenanjung sebab cuti. and this time masa buat intersession aku ingat dapat pegi. tapi tak dapat jugak. mak aku panggil balik.huhuhu. oh ye, must be wondering what is ngabang right? ngabang ni actually macam beraya la. 

sorry ik tak dapat datang. next time,= )

p/s:sorry guys tak dapat datang. next time kalau ada rezeki aku ikut korang. gayu guru gerai nyamai.