Monday 5 December 2011

RM 100

okay entry kali ni menyentuh sikit isu semasa. mesti korang yang ada adik kat sekolah menengah or sekolah rendah ada dengar pasal dapat duit RM100 untuk persediaan persekolahan. aku nak cakap banyak pun tak guna sebab aku dah tak dapat pun plus aku dah tak ada adik. hahaha. so cerita entry kali ni pasal pembahagian duit RM100 tu. ada sekolah menengah kat kawasan aku gempar dengan complaint dari mak bapak pasal pembahagian ni. aku ingat pasal kes kena potong gak. rupanya bukan. cerita dia macam ni. buat pengetahuan korang, duit RM100 tu di masukkan direct ke akaun sekolah. and sekolah tu dah decide ngan wakil PIBG untuk bahagikan duit tu berperingkat-peringkat. maksudnya mengikut tingkatan. hari ni tingkatan 1, esok tingkatan 2 and seterusnya. aku rasa ada rasional sekolah tu buat camgitu. first kalau dia buat camgitu, kurang duit yang hendak dibawa oleh cikgu-cikgu ke sekolah. jadi risikonya kurang. cuba korang bayangkan kalau ada 1000 lebih murid kat sekolah, dah berapa cikgu nak bawa pergi sekolah. keselamatan cikgu time bawa duit tu pulak tak kira. then bila dah sampai sekolah nak kena simpan. sekarang bukan selamat. budak kecik pun dah pandai mencuri. 

so ceritanya bermula bila ada mak bapak complaint yang leceh buat sistem camgitu. sebab dia kena datang berkali-kali ke sekolah untuk ambil duit RM100 tu sebab anak dia ada yang kat tingkatan 2,3 camgitu la. tapi dia complaint tu dia tak pernah ke terfikir ke cikgu yang menguruskan duit tu berulang-alik ambil duit dia setiap hari just nak memastikan duit tu sampai ke tangan penerima nya. kekadang aku pelik tengok orang kita. di bagi duit pun nak merungut. tak bagi pun merungut. kalau di suruh bayar tu ada gak la rasional nya. ini suruh ambil.

p/s: harap pihak sekolah dapat ambik solution yang menyenangkan semua pihak.

game show

okay weekend yang lepas ni aku ada tengok satu game show adapt from europe, money drop. format game ni simple je la. cuma yang bermain dalam fikiran aku time ujibakat dia pilih orang yang macam mana? adakah yang happy go lucky and can act in front of the camera? or yang boleh jawab soalan? sebab ada orang yang mengatakan bahawasanya soalan time ujibakat lagi susah dari game yang sebenar. so if that is so true, ada beberapa persoalan dalam kotak pemikiran aku (walaupun aku tak tau bentuk pemikiran tu macam mana. LOL). kalau betul soalan time uji bakat tu susah, kenapa lah soalan yang dianggap common and senang ada peserta tak dapat jawab. contohnya, lemak cili api terkenal di negeri mana? dan pilihan jawapan amat ketara sekali, negeri sembilan, johor, sabah dan satu lagi aku lupa. hahaha. its okay lah kalau dia nak letak duit tu dekat johor, sebab dekat dengan nogori, tapi sabah?? hurm adakah mereka dah diarahkan supaya tak menang, or maybe company memang pilih orang yang tak akan menghabiskan duit sejuta diaorang??? then keluar lagi soalan, tasik mana yang terletak di perak. and pilihan jawapan temenggor, chini, kenyir and titiwangsa. hurm kalau dia letak duit dekat chini maybe aku boleh terima lah sebab tak selalu sangat kita sebut walaupun ada cerita psl tasik chini ni.. but dia letak duit kat titiwangsa. and its a lot of money. girls, don't you ever heard of tasik titiwangsa in your life? 

and bila bercakap pasal game show ni, teringat satu game show zaman aku muda-muda dulu, Joe Jambul. haha. aku follow kot game show ni. aku tak ingat sangat format dia. tapi yang aku ingat las time bonus round, contestant tu kena cucuk tiang yang ada lampu kat location kat mana joe tu ada. pastu ada satu hari tu, aku tengok peserta ni macam kenal je. sampai la dekat pusingan bonus. tetiba cameraman zoom dekat penonton, aku ternampak mak ngah aku bukan main semangat lagi menyokong. baru aku perasan cousin aku rupanya yang main. dah tua rupanya aku ni bila ingat balik zaman joe jambul dulu. haha

credit to google
p/s: rindu gak nak tengok istana takeshi. hahaha


Monday 28 November 2011

lelaki berjalan

okay guys, ko pernah dengar lelaki berjalan? okay tak pernah? walkman? confirm pernah. for those teenagers yang lahir dalam 80's and early 90's pernah dengar and jumpa benda alah walkman ni. but the younger future i'm not sure whether mereka-mereka ini pernah melihat benda alah bernama walkman ni. actually nama walkman ni datang dari sony. those younger future akan tau nama ni bila dia beli handphone sony ericsson, tapi tak tau camne actually bentuk walkman ni, tapi kita (for those who know the origin of walkman), mesti akan teringat zaman kanak-kanak kita. LOL. zaman sekarang most of kids know only ipod, mp3, ipad, iphone, blackberry etc. bila sebut walkman mesti blur sekejap. hahaha

okay, bila bercakap pasal walkman ni, benda ni kira thing must have bila ada kat hostel. aku pun ada gak walkman ni, aku amek akak aku punya time aku masuk hostel. time tu handphone pun paling up ada game snake. mana ada boleh dengar radio lagi. hahaha. 

kira camgini lah walkman masa aku kat hostel

ini kira walkman yang banyak orang pakai time aku duk hostel. tuning channel radio pun time ni pun pakai pusing je...haha. tak ada tekan-tekan keluar nombor apa semua. then ada satu lagi kumpulan, kira ni berduit sikit la. dia pakai yang digital punya. tak ada pusing-pusing. tokan jo. haha. tapi saiz dia masih besar camni lagi. then geng senior lak selalunya pakai yang slim punya. damn, aku dulu berbulu je mata. nak beli duit tak dak. pastu kalau beli pun takut hilang. tapi time tu siapa yang pakai walkman slim tu memang smart. paling up habis la time tu. 


ni kira up la siapa pakai. hahaha
ada gak sesetengah yang kira pegang title anak lord pakai discman. yang pakai cd je. tapi time aku form 1 cd tak banyak lagi jual pastu mahal. then bila aku dah form 5 baru bapak aku belikan mp3. time tu dah tak ada lagi walkman orang pakai sangat.

p/s: agak-agak korang ada tak budak hari ini nak pakai benda alah camni?




Thursday 10 November 2011

titik hitam~

dah lama gila tak main futsal. serius semput tadi main. balik-balik je tetiba dapat idea nak update blog. serius semput aku nak menaip ni. hahahaha

apa yang korang nampak dari gambar kat atas? mesti semua orang akan cakap nampak titik hitam. seriously masa aku tengok aku pun cakap macam tu. then tetiba kawan aku sound, orang memang senang nampak titik hitam tapi tak nampak pun warna putih yang sebesar alam. itu lah adat manusia, senang nampak kelemahan orang atau kecacatan orang, tapi kebaikan dan kelebihan dia orang tak nampak. tak payah pergi jauh, aku manusia, so aku admit kekadang aku pun ada fikiran camtu. lepas aku tengok gambar ni, aku pun ternampak satu gambar kat page harimau malaya.


korang mesti kenal kan siapa lelaki kat atas ni... memang la tak ada korean look.. hahahaha. actually ni lah mike tyson time dia pergi tanah suci mekah. buat umrah kalau tak salah aku. i bet you can see the tattoo on his hand right? as i said before, ada beberapa komen menyentuh pasal tatu dia. tapi tak cakap pun pasal backgorund tempat dia berada.

p/s: thanks to the page harimau malaya and my friend's page cause gave me some idea to update my blog. dan terpikir gak, kalau orang yang berlagak baik depan orang tertentu tapi perhubungan dengan orang lain tak dijaga macam mana??

Sunday 6 November 2011

livery syarikat penerbangan yang aku rasa unik dan menarik

last time aku naik kapal terbang masa aku balik dari sarawak masa konvokesyen. lepas habis study kat UNIMAS mesti jarang dah aku dapat naik kapal terbang. ada beberapa livery yang bagi aku menarik and cantik sepanjang aku terbang di awan biru (bapak gila poyo ayat. hahaha). menarik dan cantik itu adalah perkara subjektif. maybe cantik di mata aku tapi tak cantik di mata kak limah. hahaha. so kat bawah ni ada beberapa livery syarikat penerbangan yang aku rasa menarik.

                            

tengok lambang mesti korang da tau syarikat penerbangan apa kan. livery dekat gambar belah kanan kalau korang perasan ada dua kalau tak silap aku, merah and biru and livery digunakan pada sebahagian kapal terbang MAS time tahun melawat malaysia kalau aku tak salah lah. kalau salah harap betulkan. aku lebih suka warna biru ni. and MAS ada livery baru (gambar sebelah kiri). bagi aku simple and naissss... tapi ada gak tak berapa setuju sebab nampak macam cikai sangat bagi sebuah syarikat penerbangan yang terkenal. macam aku cakap kat atas tadi, cantik dan menarik itu subjektif.


livery thai airlines yang baru ni pun cantik gak. walaupun nampak simple tapi contrast colour yang dia mainkan bagi aku okey. kalau rainyscream tengok mesti dia suka sebab dia kata dia minat purple...hahaha


Gulf air, syarikat penerbangan bahrain. aku naik airlines ni masa pergi egypt dulu. aku tak sure semua flight dah pakai livery ni or not, tapi bagi aku livery ni antara livery yang cantik. ada unsur calligraphy and warna royal blue and golden menambah lagi kontra warna. 


yang ni aku search kat internet. aku tak tau pulak vietnam ada airlines sendiri. nasib baik ada cik googles. oh noob abes aku. and bila result dia keluar bagi aku pilihan colour dia cantik.


jiran sebelah negara. singapore. simple and smart.


KLM royal dutch airlines. ni livery yang dieorang baru introduce. smart kan? kalau tengok dari jauh macam biru je. bila tengok dekat ada tile pattern kat livery dia. smart.

p/s: livery dekat fiuslaj memainkan peranan samaada dalam penggunaan minyak atau advertisement. makin banyak decoration dekat livery menambah berat kapal terbang, jadi memerlukan kuasa yang lebih and penggunaan minyak yang lebih tapi maybe boleh membantu dalam advertisement dan menarik customer. cuma perlu diingat, layanan dan perkhidmatan mungkin tidak diukur pada livery. and tak semua kapal terbang dalam syarikat penerbangan tu ada livery yang sama. sebab nanti karang ada yang cakap livery dia tengok lain, livery aku tengok lain. heeeee. peace.

Saturday 5 November 2011

selamat hari raya haji

hari raya haji or hari raya korban or hari raya idul adha. berbeza nama tapi perayaan yang sama. regarding about raya haji, dekat area johor ni disambut secara kecil-kecilan dengan melakukan ibadah korban, berbeza dengan negeri pantai timur, macam kelantan and terengganu, yang mana diaorang meraikan secara meriah bila raya haji menjelma. so aku pun tak ada lah persiapan apa pun, baju melayu pun pakai je la mana yang ada. jarang aku pakai sampin kalau pergi sembahyang raya haji. rasa macam nak pakai jeans pun ada tapi karang membebel lak mak aku. selalu nya aku pergi pakai seluar and baju melayu je. itupun kadang-kadang malas gosok. hahahaha

seumur hidup aku selama aku berusia 22 tahun ni, sekali je aku sambut berjauhan dengan keluarga. aku tak balik sebab time tu exam final kalau tak silap aku. memang ada cuti seminggu, tapi aku malas nak balik. aku lepak dekat kolej ngan pejal and farid. dieorang budak miri. miri dengan kuching jauh. makan masa 12 jam perjalanan pakai bas kalau aku tak silap masa pejal bagitau aku. so kiteorang melepak la kat kolej. nak dijadikan cerita, motor aku dengan pejal time tu rosak, so pagi tu kiteorang pinjam motor ady pergi sembahyang raya, tapi tak dapat lama sebab ady nak pegi rumah cousin dia dekat batu 12, so aku and pejal pun balik dengan sepantas  kilat. ady ada gak ajak pegi rumah cousin dia, tapi aku kesian nak tinggalkan pejal sorang-sorang and pejal pun pikir benda yang sama. so ady cakap nanti balik malam dia bawa makanan. time tu aku dengan pejal dah la tengah pokai. motor rosak. last-last sekali pejal buat cucur tepung sebab dua-dua tak ada maggi... ramuan dia senang je, tepung campur air, letak gula sikit pastu goreng. aku makan je. time tu aku tengok pejal, pejal tengok aku. pastu dua-dua gelak. yela orang raya-raya makan daging, ketupat, aku dengan pejal makan cucur tepung manis. pastu farid bangun dia bagi kiteorang biskut sebab dia pun tak ada maggi.hahaha. nasib baik ijat, kawan sekampung aku keluar and aku pinjam duit dia minta dia tolong belikan nasi. tu la hari raya haji yang aku paling ingat sekali.


p/s: sedap gak makan cucur manis di pagi raya. hahahaha. ada gak pengalaman beraya berjauhan dengan keluarga. selamat hari raya haji.

Friday 4 November 2011

bilik idaman dan 5 benda yang aku nak ada dalam bilik tidur aku

aku seorang yang suka simple. tak suka serabut sangat. that's why aku selalu bertikam lidah dengan mak aku bila dia letak decoration atas meja. aku kata macam menyemak je. tapi mak aku kata macam lawa. so aku ada beberapa bilik tidur impian and 5 benda yang aku nak ada dalam bilik tidur aku. haha






aku suka bilik-bilik design camni, simple tapi boleh isi macam-macam and tak nampak bersepah. the first two pic tu nampak macam luxury sikit, and for married couple. so for now aku prefer the last three pic as orang bujang. hahaha


and 5 benda yang aku nak ada dalam bilik aku selain basic need macam katil, kerusi, meja, bookshelf, etc :-

1. buku/komik


2. PC desktop


3.Alarm clock


4. movie poster (letak dalam frame and gantung kat dinding)


5. lampu meja study



hurmmm setakat ni, tu je la yang main dalam kepala otak. aku tak suka sangat benda berenda-renda. tapi katil aku sekarang mak aku yang beli, so design dia taste mak aku. hahaha. nak buat camne makan masih mak bapak tanggung. insyaallah kalau dah kerja, aku try accomplish bilik idaman aku. hahaha

Wednesday 2 November 2011

panggilan misteri~

entry kali ni bukan panggilan misteri yang kena mengena dengan cik pon, jembalang, hantu raya atau makhluk yang sepupu sepapat dengannya... bukan juga panggilan hangit hot fm mahupun bau hapak kawan korang buat prank call tuk korang. pernah tak korang tengok no ni????

03-20366888 @ 03-20367188

aku dapat satu call dari number ni. unfortunately aku tak sempat angkat. bila aku tengok number tu, aku teringat time aku jumpa prof aku masa pesta konvo, number ni ada call and claimed dieorang dari bonuslink. so aku pn google la. bukan number bonuslink tapi number telemarketer. dari feedback yang aku baca kat page tu macam banyak yang tak puas hati je. so korang baik-baik la..peace

Sunday 30 October 2011

cerita pasal graduasi~

alhamdulillah syukur ke hadrat Allah aku dah menyempurnakan tanggungjawab yang parents aku beri kan. happy nye happy nye. sorry mood aku nak menggedik jap. sebenarnya dah lama dah aku bergraduasi. da dekat seminggu kot. tapi baru di hari yang sejuk dan penuh dengan kelembapan baru aku nak update blog ni. and tajuk entry pun pasal graduasi. sebenarnya graduasi ni kira tawa dalam tangisan. tertawa sebab dah abis belajar dan mengenggam segulung ijazah. dan pada masa yang sama menangis sebab nak fikirkan career dalam hidup, kerja, cari aset, bla..bla..bla.. pening-pening... haissshhhhh..

and bila bercerita pasal graduasi, satu urban myth akan sentiasa kedengaran, bagi siapa yang belum graduate, tak boleh pakai jubah konvo. mesti korang pernah dengar kan, especially junior yang jumpa ngan senior-senior dieorang. aku dengar benda ni time aku second year. senior aku cakap pasal benda ni. at first i believed. then aku pun discuss dengan member-member aku. we all agree that's just an urban myth. anything it up to the Almighty. ala orang cakap tu superstitious... benda-benda tahyul. for me ada sebab yang tertentu kenapa orang cakap macam tu, macam orang melayu dulu punya word, jangan menyanyi time masak nanti tak dapat jodoh. so kita pun percaya. bagi aku sebab paling relevan adalah untuk menjaga status konvokesyen tu sendiri. cuba kita bayangkan nak dapat segulung ijazah dan menyarung jubah tu makan masa 3,4, or 5 tahun. jadi kalau sewenang-wenangnya kita pakai tak ada makna lah konvokesyen dan jubah tu. actually for me, urban myth tu diwujudkan supaya orang lebih respect terhadap pemakaian jubah. kalau as muslim kita percaya camgitu dah jatuh syirik sebab kita kata jubah tu yang berkuasa, boleh tentukan kita konvo kita atau tak. peace....

eden dah konvo....haha


p/s: sejuk gila kot arini. nak mandi pun malas. hahahaha


Sunday 9 October 2011

how to troll KPT..LOL

masa aku duduk-duduk isi kajian pengesanan graduan, ada satu bahagian kena isi pasal kerja. then aku pun isi la aku bekerja dengan keluarga apa semua. then pastu aku pegi call grace asked her about convocation letter bla bla bla. then masuk la topik bab kerja. tetiba aku dapat satu idea untuk troll kajian pengesanan graduan tu especially bahagian pekerjaan tu.  why not graduan semua letak status pekerjaan tu bekerja sendiri. and then description dia tanam anggur. serius staff yang buat statistik graduan tu butthurt tengok jawapan graduan kat situ. and menteri KPT pun terus umum graduan masa kini berdaya saing dengan bekerja sendiri without knowing the truth behind it. LOL



untung siapa ada kereta besar...

sebelum masuk beradu, arini aku nak update blog sikit. yela minggu lepas aku sibuk sikit. sebab mengurus sekaligus membersihkan kebun sawit pusaka peninggalan arwah atuk aku. dan aku dilantik oleh bapak aku sebagai pemandu traktor a.k.a buruh angkat sawit. dah sebulan aku bekerja. and aku ada gak terdengar sok sek sok sek orang. ada degree tapi masuk kebun gak. so what kalau ada degree kena masuk pejabat pegang pen goyang kaki atas meja berangan? ada degree tu cuma kelebihan. yang lebihnya tu terletak pada kudrat dan kerajinan kau la der. kau ada beratus gulung ijazah kalau kau malas tak ada guna der. bagi aku aku selesa dengan kerja dekat kebun, aku go on je la. lagipun itu yang aku belajar kat UNIMAS dulu. hahaha. okay enough of that. 

sebenarnya aku nak cakap keuntungan pakai kereta mewah dekat malaysia ni. antara kelebihan kereta mewah ni, korang ada kuasa samaada korang nak bukak signal ke tak. kalau korang tak bukak signal orang tak berani marah. yelah korang bawa kereta mewah kot. orang lain bawa kereta biasa je. then, sekaligus korang dah berjaya mengurangkan kos penukaran mentol signal  tu. sebab tak buka, buat apa nak tukar kan. bila orang langgar kau dari belakang kompem-kompem orang yang langgar kau tu yang salah. betul tak? that's  the rule. kalau orang maki kau, kau jawab balik, "kau ada?". see untungkan orang pakai kereta mewah ni.

ini ialah lampu signal. ia bukan aksesori.


p/s: this is just a troll. turn on the signal is not optional. it's a must. no matter how big and luxury car you have, there's always have the signal lamp there. so use it. the signal that was invented is for safety, not just for car's accessories. same goes to the motorcycle.

Sunday 2 October 2011

tak cool la brader....

apa yang cool apa yang tak nye? keadaan dalam train or bus yang penuh dengan lautan manusia dan dalam tu terselit buih-buih kecil yang hampir ingin meletup. got what i mean? okay let me explain. its about scenario where you can see senior citizen standing while the youngster just sit and look. senior citizen tu aku ibaratkan umpama buih kecil yang hampir nak meletup. i couldn't disagree that malaysian were learned something from adlin's ad, but sadly they learn how to avoid giving a seat to senior citizen by sleeping. hahahaha. seriously look how many youngster will give their seat to the senior citizen or pregnant women or maybe disabled person? it's true. memag tak ramai pun. ad yang dia tampal kat tingkap train tu just hiasan je. nak buat cantikkan train. so tak cool la brader kalau kau tak bagi seat kat orang tua. i know we pay for the services, but sometimes we must pay some respect to person who needed the seat. except korang naik flight je la. sebab you sit according to the seat number. and no person need to standing inside the cabin. LOL.

and sedang aku belek-belek google, aku jumpa satu ad oleh Colorado Department of Transportation. seriously ad dieorang kreatif and have a sense of humor, but at the same time memang makan dalam kalau terasa.bagi yang tak terasa tu sebab dia illiterate or memang bajet bagus. 

  


p/s: tapi kadang-kadang ada gak bila kita da bangun bagi seat kat orang tua or perempuan mengandung, dieorang tak nak duduk? so camne? 

Monday 26 September 2011

jawapan untuk perokok..baekk punyerr


mesti korang tau kan harga sekotak rokok kat luar sekarang dah mencecah RM10 sekotak (bagi dunhill dan malrboro, not include texas 5, rave, era and etc). so sesiapa yang ada awek confirm awek korang dah membebel lecture korang pasal pembelian rokok yang makin lama makin mahal ni. dialog ni aku jumpa kat page kawan aku and ada sedikit kesalahan pengiraan yang aku dah betulkan (tu pun lepas kawan aku tegur. tau la ngah amek master math..haha)

GF: you tau tak rokok ni boleh buat you cepat mati?
BF: ajal maut kan kat tangan tuhan. bukan manusia yang tentukan.
GF: menjawab je. berapa banyak duit you habis beli rokok ni?
BF: sekotak RM10. serious feeling abes. (slumber menjawab)
GF: okay let say you merokok sehari sekotak. dah RM10. amek average sebulan 30 hari, dah RM300. kalau  dalam setahun ada 12 bulan dah RM3600. you start merokok dah berapa tahun?
BF: i hisap umur i 14 sekarang umur i dah 24. ada lah dalam 10 tahun.
GF: hurm kalau setahun you spent dalam RM3600, that's mean dalam masa sepuluh tahun you dah spent RM36000. you dah boleh buat down payment kereta dah. setakat swift i rasa dah lepas kalau u simpan banyak tu.
BF: hurm tak sangka you pandai math, tapi satu soalan lah saya nak tanya.
GF: apa dia?
BF: you merokok tak?
GF: of course la tak.....
BF: mana swift you? i tak nampak pun. 
GF: pfffffftttttt

so guys kat luar sana ada berani nak try ayat ni bila kena bebel ngan awek korang kat luar sana? hahahaha

p/s: thanks to areff helmi for the story. aku pun tak tau ko dapat kat mana, and thanks to syarifudin kecik, for the correction. peace.

menyenangkan atau menyusahkan?

source: http://twitpic.com/6qrrir

so korang rasa auto correct yang ada ni menyenangkan atau menyusahkan??LOL

do not littering

agak-agak korang, apa korang rasa bila depan mata korang dengan sewenang-wenangnya tanpa perasaan buang sampah sebesar alam? kalau setakat wrapper gula-gula maybe ada secebis kemaafan di situ. tapi bagi aku it's still sampah or uras. kes ni terjadi time aku berhenti satu R&R menghala ke utara. i'm not sure where but i think it was R&R Behrang if i'm not mistaken. kalau salah minta lah dibetulkan. kes dia macam ni, tengah duduk dalam kereta tunggu orang keluar buang air adalah satu kereta park sebelah kereta aku, then dia buka pintu segala bagai. driver merangkap bapa budak-budak  ni pergi beli air + snack kat gerai yang ada dekat situ. while anak-anak dia dari kiri dan kanan kereta dengan perasaan tak bersalah letak je sampah tu atas jalan walhal tong sampah sebesar alam ada depan kereta dieorang. bapa aku horn lah tapi budak tu buat dek je. mak aku nak tegur tapi aku cakap dengan dia, for safety reason janganlah. kita bukan kat europe, diaorang open and boleh terima teguran. kat malaysia sekarang pasal hal tegur pun boleh berbunuh. aku cakap dengan mak aku, think positive, maybe dia tengah kumpul sampah dia yg kat dalam kereta tu. so lepas tu bapak aku pun cerita la, kalau dekat masjid kekadang ada orang berhenti tukar lampin baby, diapers tu dia biar je kat tempat ambil wudhu'. bukan tak ada dustbin. orang macam ni pun ada. kita berbangga dengan orang luar yang kita penuh dengan adab ketimuran? itu ke adab ketimuran yang kita ada?

aku ingat lagi masa budak-budak dulu cikgu aku ajar, kalau tak jumpa tong sampah simpan sampah tu dalam poket seluar or bag. dah jumpa baru buang. sampai sekarang aku apply kot. seriously aku cakap, aku lagi respek kat brader yang pakai koyak-koyak, serabai apa semua, but know how to keep the cleanliness dari orang yang pakai cantik-cantik, nampak macam good good je, pastu cakap pung pang pung pang pasal kebersihan segala bagai tapi buang sampah merata-rata gak walaupun tong sampah beberapa kaki je kat depan. aku cakap ni sebab benda ni semua depan mata aku sendiri. pakaian alhamdulillah memang dah baik dah, sejuk mata orang tengok. kalau mak para gadis tengok memang nak amek jadi menantu la senang cerita. tapi sayang, buang sampah merata.

p/s: sebelum korang nak buang sampah merata-rata, korang fikirlah perasaan mak cik cleaner tu, cuba kalau parents kita yang jadi cleaner tu.. apa korang rasa? rasa oren? 

Saturday 17 September 2011

kerana nila setitik....(version of 16th Sept)

pergh da banyak gak sawang-sawang usang kat dalam blog aku. yela da blog aku pun duduk nya kat laman sesawang, takkan banyak rumput lak kan.. mesti la banyak sawang. okay, first of all aku nak wish selamat hari raya, maaf zahir batin. raya 30 hari, so masih boleh la nak ucap selamat hari raya dengan minta pengampunan pe semua ni (da macam PATI la pulak aku nak minta ampun bagai)

okay focus balik dengan tajuk. beberapa hari yang lepas, aku ternampak la satu tweet member aku ni. she's complaining about satu page kat facebook yang macam berbau 'kerasisan'. one of the page bunyi camni 'semenanjung anti sarawak bodoh'.

lepas tu aku baca la komentar-komentar yang dilontarkan. aku tak kisah sangat la pasal komen tu. tapi yang aku berangin pasal admin page yang sengal. nama page tak nak macam satu semenanjung anti, padahal ko sorang syok sendiri meng'anti' orang. lain kali ko tulis la mak jemah yang anti ke. at least kalau kena kutuk memang ko sorang je. da kau je yang anti. ni tak nama semenanjung juga kau jual. sengal. bila orang yang komen tu marah-marah nama orang semenanjung macam aku yang innocent ni juga terpalit sama. dumb racist. sempena hari malaysia yang baru je lepas beberapa jam dari aku update blog ni, nasihat aku, udah-udah le racist sangat. tak kemana dengan 'kerasisan' kau tu. dalam kubur nanti malaikat tak tanya pun kau bangsa apa, kau asal mana semenanjung ke sarawak ke sabah ke. amalan kau gak yang dia tanya.

p/s: kepada classmate aku yang da bekerja tu, hulur-hulur la duit raya tu sikit kat aku ni haaa...before raya abes. muahahahaha

Monday 15 August 2011

bulan ogos dan bulan ramadhan.

lama gila dah tak update blog.. haha. semua gara-gara laptop aku yang dah biol dan diserang virus. so every time aku balik sarawak, aku cuma ada buku komik lawak kampus yang menemani aku sepanjang ketiadaan laptop. uodate blog ni pun pakai laptop member. hahaha. member pegi bazaar aku la pulak conquer. muahaha. gelak stereotype supermak super villain. so di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat mennyambut ramadhan karim kat semua. walaupun aku tahu arini 15 ogos sama dengan 15 ramadhan, tarawikh pun dah start baca doa qunut time witir, but its still ramadhan. hehehe

before ni aku ingat tahun lepas puasa last aku kat UNIMAS, rupa-rupanya tak... aku diberi peluang buka awal lagi tahun ni. hahaha. tapi nampak gayanya tahun depan aku kena buka lambat la...sebab dah puasa kat semenanjung. huhuhu. tapi tak pe la, janji puasa. pejam celik pejam celik aku tengok kalendar, sekejap je da masuk minggu ke-3 ramadhan, exam final aku pun makin hampir. omputeh cakap around the corner.. alhammdulillah setakat ni carry mark okay, just this week busy sikit sebab nak uruskan pemulangan motor hamba ke semenanjung. motor yang dah berkhidmat selama setahun setengah time aku kat UNIMAS ni. and next week exam aku start. tapi satu paper je pun. hahaha. 24 hb nanti aku akan terbang ke langit biru dan mendarat di senai. membawa segala kiriman kek lapis mak aku. hehehe. pastu raya, tapi tak tahu la dapat lagi ke tak duit raya. hahaha

p/s: tak sabar nak balik nak cari air katira kat BP... kat sini dah puas cari tak ada. huhuhu

Wednesday 20 July 2011

knock knock~

actually for this entry, tak de spesifik tajuk untuk aku post. entry kali ni lebih berkisar tentang apa aku buat during last weeks. so thats mean jangan terkejut lah kalau cerita aku ni nanti melompat-lompat sebab entry kali ni memang random abes cerita dia. kejap ini pastu nanti cerita ini pulak...hahaha.

okay..for your information, aku punya rutin hidup sekarang ni kat langit je. yela tiket murah der, RM10 je..including tax apa semua baru RM29... so i graaaabbb this chance untuk balik johor once every two weeks. mesti korang rasa buang tabiat apa ulang alik JB-KCH naik flight. okay aku ada jawapan untuk itu. apa yang korang rasa bila kelas korang cuma 2X seminggu pastu cun pulak isnin selasa... mesti bosan kan... so da alang-alang tiket murah aku pun sambar je la... at least dapat gak aku tolong mak aku kat rumah. and kebetulan last week wedding kawan aku kat cheras. so aku pergi lah naik bas dari muar ke KL.. sebab dah lama sangat duduk kat sarawak tak balik-balik, aku pun tak tahu la sangat pasal TBS yang kat bandar tasik selatan. aku cuma pernah dengar dalam berita je. so aku terpusing-pusing lah kat TBS ni.. and aku mintak dia jemput...tapi aku tak taw nak describe aku tunggu kat mane time tu...so aku cakap je la aku tunggu kat LRT BTS.. tunggu punya tunggu rupanya aku tunggu kat KLIA transit punya station..naseb baik kawan aku dapat tangkap location aku tunggu...then bila da naik kereta kiteorang pun pergi ke cheras ikut jalan kajang sebab jalan kl-cheras jam...so patah balik lah. naseb baik sempat sampai sebab majlis tu sampai pukul 4... kiteorang sampai dalam pukul 3..orang pun da mula lengang. so aku pun cepat-cepat la makan takut catering bersihkan lak...haha.. perut pun dah lapar..bedal je la...pas abes tangkap-tangkap gambar, aku pun jumpa pengantin cakap terima kasih pe sume sebab aku nak kejar flight ke kuching lak kat lcct.... disebabkan aku penat gila, aku tertidur dari start aku naik sampai landed. aku tak sedar bila kapal terbang tu berlepas...aku sedar-sedar aku dah kat kuching...

macam aku cakap tadi, kelas aku isnin ngan selasa je..so the next day aku dah bosan.. aku tak bawa laptop sebab laptop aku biol plus dah paralzyed. so aku duduk la membaca komik 'lawak kampus' yang aku beli. kekadang kawan aku ajak main volley ball ngan dak asasi kat kampus timur and bila malam ajak main badminton. lepas balik main badminton kiteorang berborak la dalam kereta. yang aku ingat kawan aku nama dia ammar gak, cakap pasal main tembak orang pakai pen ngan kentang kat kawan aku sorang lagi yang macam blur sebab dia kata dia tak pernah main.. aku pun mencelah macam orang busy body..


"ala jin, kadang-kadang orang main pakai kulit duku tu la"

tapi kawan aku masih blur.. maybe dia tak pernah main kot benda ni. bila ingat balik, bes gak main game camtu. dah lama tak main. budak sekarang main yang macam game tembak-tembak dalam tv tu..aku pun tak taw apa nama benda alah game tu. pastu aku pun start la buka cerita pasal game perang yang atas kertas. yang kita bulat-bulat askar ngan raja kita pastu lawan kita pun benda yang sama. bila nak attack kita buat bulat-bulat hitamkan then terbalikkan kertas tenyeh pakai bontot pen.. kalau ada kesan tekap kat askar lawan mati la jawabnya. haha. pastu ada satu lagi game before digimon, kung fu fighter kuar. apa nama benda alah tu pun aku tak taw tapi yang aku benda tu ada isi air and kita tekan punat kat benda tu pump hoop dalam air tu masuk kat ada satu batang ni. ada lagi ke tak sekarang orang main game tu.
game perang-perang zaman sekolah rendah. kalau dah tension sangat attack- attack tak kena,
bulat je la besar-besar



p/s: sorry gambar kahwen tak ada. aku tak bawa kamera time tu.


Saturday 9 July 2011

Help!! My Girlfriend is a Vampire...

tajuk entry tu english version nye, malay version nye pulak camni.."Tolong! Awek Aku Pontianak". time first keluar trailer filem ni macam best je aku tengok. plus pelakon dia zahiril adzim aku suka tengok cara dia berlakon bila aku tengok cerita 'Gadoh'. aku suka dia berlakon dalam filem Gadoh ni sebab lakonan dia nampak natural dalam filem ni walaupun filem ni berkaitan dengan racism, tapi it based on true situation happened in our country and the mentality of Malaysian. and filem Gadoh ni memang tak kan lepas panggung. because it so sensitive. ala macam cerita hollywood yang cerita pasal racism between black and white. okay back to the title. macam mana aku boleh tertengok "Tolong! Awek Aku Pontianak"? cerita dia macam ni...

lepas abes aku mengecat beam kat dapur tu, aku duk la membasuh berus cat yang aku da guna tu. tetiba bapak aku yang baru balik dari masjid sound aku dari belakang..

"ko dah semayang maghrib belum?"

"belum pak. jap lagi nak abes kan basuh berus cat ni" selamba aku jawab
"anep ada kat masjid?" aku sambung tanya tak nak bagi can
bapak aku tanya aku dulu..hahaha

"ada. nak ajak anep kuar la tu malam nanti" ramalan bapak aku yang tepat.

so settle je aku basuh and simpan cat pe sume aku terus makan and mandi. before tu aku sms anep roger ngan dia nak kuar. anep ngan aku ni kawan dari sekolah rendah lagi. bapak dia and bapak aku pun kawan sama-sama cikgu. so memag tak kesah sangat parents aku kuar dengan dia. lepas amek anep, aku pun memecut pegi rumah ijat lak...kawan aku kenal time darjah and sekarang sama universiti ngan aku. masa kat umah ijat datang pulak yuyu..kawan ijat kat unimas..nak pegi KL sebab esok fafa nak kahwin. tapi jalan nak masuk KL tutup. so kiteorg pun menuju ke batu pahat dengan kereta yang berasingan. entah camne ijat boleh lak ajak tengok cerita "Tolong! Awek Aku Pontianak". aku pun layan je la. and tak rugi la tengok cerita tu. its for me lah. yela selera masing-masing. bagi aku best bagi korang maybe tak.
picture taken from http://koletsy.blogspot.com/2011/06/filem-tolong-awek-aku-pontianak-2011.html.


p/s: sedap gak mengupdate blog sambil menjamu GCB...lapar der..

Thursday 7 July 2011

1st entry of july

this is the first entry of july. no much to talk about my past activities. well because im just sleeping, eating, playing games, surfing internet. well nothing interesting because i spent whole of week on the bed. rolling to the right and left. but badan still tak nak gemuk gak. i dont know why. adakah kerana kadar pembakaran kalori aku amat tinggi? ke aku ni aktif sangat? macam tak je rasa nye.. aku rasa aku tido memanjang sebab kelas aku kat UNIMAS time short sem ni dua hari seminggu, isnin dengan selasa..selebihnya aku tido je kat bilik tak pun aku balik kampung.

on 4th of july is my father's birthday. mula aku tak perasan sangat pasal persamaan birthday bapak aku dengan US ni.. rupa-rupanya 4th of july ni declaration of independence bagi US. and this years birthday is the last birthday bapak aku sambut as a government servant. he's retired last week at age of 56. berakhirlah karier dia sebagai pendidik kepada anak bangsa. aku tahu parents aku berharap sangat ada anak-anak dia yang akan gantikan tempat dieorang as a teacher, tapi belom ada yang jadi. and the only hope is me. sebab akak and abang aku dah pun ada karier masing-masing. tinggal aku je belum. but looking at me now, i dont know if im capable enough to educate our future generation. i think im not ready yet. sorry mom and dad. so lepas ni aku rasa lagi ligat lah mak aku berjalan. yelah bapak aku dah pencen. and anak-anak pun senua dah abes belajar. and bila aku baca buku persaraan bapak aku, baru aku tahu yang bapak aku pernah jadi buruh kasar kat singapura. because bapak aku jarang nak cerita kisah silam dia. berbeza dengan mak aku. hehehe. so this is the new life for my father as a retired man. enjoy your life dad.

and when talking about july, the next month is august. what's in august? the holy month in islamic calendar of course. ramadhan karim. talking about ramadhan, its about fasting. heee. dan bila bercakap pasal puasa, aku baru teringat aku ada sehari miss tahun lepas. and aku belum lagi ganti. ada 3 minggu lagi before kita nak puasa. and that's the only time i have to replace the one that i miss last year. aku ingat nak ganti puasa bila aku balik sarawak nanti. tak lah terasa sangat..sebab buka awal. sahur tu jarang aku makan. and pas sahur pun aku tido. so tak rasa sangat lah imsak tu habis awal. dulu aku pernah cakap dengan kawan aku, puasa tahun lepas aku buat solat tarawikh 1st day of ramadhan and last day of ramadhan. and this year aku cakap aku tambah satu lagi hari.. at the middle of ramadhan. to be frank memang aku ni liat sikit nak solat tarawikh. but this year aku ringan-ringankan diri ni pergi solat tarawikh. kalau liat gak sehari je la bertambah dari tahun lepas. hehehe. tapi aku rasa memang cepat masa berlalu. sekejap je dah nak puasa. dunia.. dunia..

p/s:jangan lupa ganti pada siapa yang belum...peace..=) 

Sunday 26 June 2011

susu KLIM

korang pernah dengar susu slim klim?? hurm aku pun sebenarnya ingat-ingat lupa pasal susu ni. maybe mak aku suap aku pakai susu ni kot dulu-dulu time aku masih suci macam boboi..haha..sebab yang seingat aku mak aku bubuh susu nespray je dalam air milo aku tiap kali aku nak pegi sekolah time tadika dulu..tak tau la time baby dia sumbat aku pakai susu ni....yela dulu mana ada enfagrow, sustagen pe sume...(konpiden je cakap takde...ntah-ntah berlambak je...)

petang tadi time aku mengecat dapur kabinet mak aku, aku bersihkan la kabinet apa semua sekali..dah alang-alang mengemas...tengah mengemas tu la aku jumpa bekas air ada tulis klim ni...terus tetiba aku ada kebolehan flash macam chuck...itu memang kencing...haha..sorry aku kipas susah mati chuck..oke-oke back to the topic..aku pun teringat yang klim ni sejenis susu..cuma aku tak ingat bila aku minum. tapi yang pasti aku ada minum....maybe before aku minum nespray kot..haha

botol ni la aku jumpa tadi...it flashed me..hahaha


kiut je ak tengok botol ni..hurm tapi aku cari gak botol spritzer yang warna warni tu..dah tak de..maybe da kena buang..korang ingat tak?? ala yang warna merah, biru ngan hijau tu..meriah gila bawa pegi sekolah time tu... then bila nak minum je gigit tutup pastu tarik ke atas..kita minum dulu..tapi sayang botol tu kemek sana sini..sebab isi air panas...hahaha

Tuesday 14 June 2011

ditiduri lipan

semalam bosan-bosan aku usha balik album lama-lama time aku first year and second year. memang sumpah aku gelak tengok gambar zaman bodoh-bodoh dulu. paling aku tak tahan video sambut birthday budak-budak ni. memang kejam abes dieorang prank. dieorang tu termasuk la aku sekali. pastu aku pun usha la gambar lain. klik punya klik aku nampak satu folder ni.
latihan industri-HL & HBP

aku pun buka la folder gambar time aku LI ni. memang lawak la tengok gambar berangan bawa traktor apa semua.. pastu aku pun baring. nak berangan mengenang memori silam jap. entah camne aku teringat kes yang aku kena time kat MARDI Cherating ni. tapi kes ni tak ada dalam gambar ar... kalau ada kena censored. hahahaha. malam kejadian tu, aku tido dengan lena abes. aku tak sure malam tu hujan ke tak tapi yang aku sure sedap la aku membuta. tiba-tiba aku di kejutkan oleh kegatalan di p******g aku. aku pun garu lah sebab benda tu menyocok-nyocok... garu-garu tak hilang gak. pastu aku tengok sebelah ada objek bentuk macam udang kecik. aku pun pelik sebab aritu aku memang tak ada pegi pantai. aku pun try tido balik. belum seminit aku pejam mata, p******g aku da start gatal balik. kali ni lagi horror.. aku rasa ada benda bergerak-gerak pulak. ini tak boleh jadi. aku pun bangun berdiri. aku nekad. aku kena check gak. aku pun buka sikit boxer aku. tengok apa ada dalam boxer aku tu. nasib baik lampu bilik tu aku tak tutup. aku pun nampak la binatang ni. comel je lipan bara tu bertenggek dalam boxer aku. adalah besar macam jari hantu aku. naseb baik aku tak seluk. hahaha. kalau tak naya kena sengat kat jari. tapi kat jari okey lagi. kat tuuuutttt... abes padam salasilah aku.hahahaha.. pastu aku pun tutup balik boxer aku (memang tindakan yang sengal plus mamai. kalau orang lain aku rasa da drop je boxer tu lari naked). aku usha line dulu sebab ada kawan aku sekali tido sebelah. karang kalau dia tersedar dia ingat aku nak rogol dia pulak sebab bukak boxer. dah aku usha line clear, aku pun cabut boxer aku. campak jauh-jauh. dah aku cover diri aku dengan selimut baru aku kejut kawan aku. dia pun bangun. tolong bunuhkan lipan tu. aku tak sampai hati nak bunuh binatang tergamam sebenarnya. start dari tu memang aku tak tido lagi pakai boxer kat tempat praktikal tu. and tula kali pertama manusia ditiduri oleh lipan..hahahaha. maybe aku main pheromone banyak sangat kot time tolong Pn. Rahemah kat kebun tu. hahaha. tu yang lipan tu syok dengan aku.

bayangkan benda ni ada dalam seluar or boxer korang. apa korang rasa.
da  boleh jadi ali khan aku. hahaha


tapi yang aku tak boleh blah, hari last before aku balik muar, tetap gak aku kena sengat. entah camne boleh ada penyengat time aku bangun pagi tu. kat tilam aku. member aku tak kena pulak. padahal sebelah je. terlepas sengat lipan tercucuk sengat penyengat. deyyymmmm.

p/s: aku rasa aku boleh jadi ace ventura. dari kecik sampai besar ada je binatang nak berdamping ngan aku. hahaha

Tuesday 7 June 2011

kodok, kasut & aku

aku kuar rumah awal pagi hari ni. dalam pukul 4.45am camtu sebab nak kejar flight 7.30am kat senai. time tu hujan and banyaklah kodok kat dapur rumah aku. yelah rumah aku ni kiri kanan kebun sawit, so 'tetamu' tak diundang ni banyak. tetiba aku ternampak ada sekor kodok ni parking baik punya sebelah kat kasut converse all star season aku. mak aku pun halau lah kodok tu.

"naseb baik kodok tu tak masuk dalam kasut ko dik. da la 'geluput' semacam kasut ko" mak aku sound aku pagi-pagi buta.

kasut kesayangan yang dah 'geluput' sekarang


pastu aku pun tengok je la katak tu melompat-lompat kegembiraaan, berlalu pergi dari kasut kesayangan aku tu. kodok?dalam kasut aku? terus ak terbawa ke memori silam time aku sekolah rendah. dah macam naik mesin masa time tu. padahal aku naik van. cerita dia camgini, time aku sekolah rendah dulu, pernah satu pagi time siap-siap nak g sekolah, aku sarung je kasut yang terletak 'cantik' kat hujung tiang.hehehe...kasut akak ngan abang aku lak letak atas pangkin. dan malam sebelumnya hujan lebat. and bila keluar pagi tu, aku memang dengar dengan jelas, terang dan nyata bunyi kodok-kodok kegembiraan sebab berjaya dalam misi memanggil hujan. tapi aku buat tak tahu je...aku pun dengan enaknya menyarung kasut sekolah aku yang putih dan suci dalam debu tu. bila aku da sarung, aku jalan macam biasa pegi ke kereta tunggu bapak aku kuar. aku rasa sejuk semacam je kat hujung kaki aku?

"basah ke kasut aku kena hujan?tapi apasal sebelah je sejuk?sebelah lagi biasa je aku rasa.."dalam hati aku bertanya.

pastu aku pun tanggalkan la kasut aku..time tu pakai kasu sparx. famous kasut tu dulu. tapi bukan yang tali nye..yang jenis lekat-lekat nye..tengok dalam kasut gelap je...tak nampak apa pun...aku pun ketuk lak kasut aku tu..hahaha..mesti korang da dapat agak apa yang kuar..of course la cik kodok. elok je melompat-lompat. tapi mesti dalam hati katak tu cakap tak guna punya kaki..busuk punya olang, mata aku da nak jadi pangkah ko taw tak..X_X....naseb ko la kodok merasa stokin aku sebagai sarapan pagi ko. naseb baik aku check awal. kalau aku check kat sekolah tak ke naya kalau dia melompat dalam kelas. bukan kodok tu je melompat, mau dengan budak perempuan melompat.so guys, nanti kalau nak pakai kasut time-time pas hujan tengok la dulu dalam tu..ketuk-ketuk la dulu..mane tau ada tetamu tak di undang dalam tu. hahahaha

jaga-jaga....maybe benda ni ada dalam kasut anda.hahaha

Saturday 4 June 2011

itu dulu..ini sekarang

pernah korang tengok floppy disk gedabak warna hitam tu???

hah apa jawapan korang? pernah tengok tak?haha..maybe ada orang pernah tengok kot or maybe tak pernah. benda ni rare gila kot sekarang. kat umah aku dulu ada satu komputer yang boleh read floppy disk ni. time tu aku baru pra sekolah kalau tak silap aku. and game yang aku main dulu prince of persia dengan zelda kalau tak silap aku. serious old school time tu. hahaha. rindu gila zaman kecik dulu. sekarang entah mana komputer tu mak aku letak. aku start pakai komputer yang pakai CD-ROM time aku darjah 2. windows 95. hahaha. and bila da ada komputer tu, nak surf internet punya la susah pakai modem. time tu mana la ada wireless lagi. nak connect tu pn berjam-jam lama nye. and browser mane ade google chrome. nak surf pakai netscape navigator. logo stereng kapal.
                    


ni la game aku main time kenal komputer mula-mula dulu
tapi sekarang da berubah. dah tak de lagi jumpa floppy disk gedabak besar macam gambar kat atas tu. disket kecik yang sebelah tu pun aku rase da susah nak jumpa. sekarang semua dah pakai thumbdrive. dah la storage besar compared dengan saiz thumbdrive tu sendiri. and kalau dulu kat laptop mesti ada disk reader, sekarang tinggal tempat CD ngan USB port. memang jauh berubah. kids nowadays memang takkan jumpa benda ni semua. well tak boleh salahkan dieorang. dieorang lahir zaman-zaman iphone and blackberry, aku pulak lahir zaman upih pinang. dok ke lari jauh tu. pape pun setiap orang yang lahir dalam era masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. and as 80's kid, i think i'm lucky enough to see these changes.hahaha. entah apa yang lucky nya tengok perubahan ni pun aku tak taw. lucky to have sentimental value kot..haha.



Friday 3 June 2011

selamat hari gawai

sorry sebab lambat update pasal hari gawai ni.actually hari gawai di sambut each year on 1st of june. and satu sarawak akan cuti nak merayakan hari gawai ni because majoriti penduduk kat sini adalah orang dayak. and the best part here, tak kesah la raya apa sekali pun each people will take part. raya puasa ke, raya cina ke, gawai ke, krismas ke, setiap orang pergi menziarah. and for those out there, don't be afraid. dieorang kat sini faham antara satu sama lain. so put aside our prejudice fellows. maksud aku kat sini dieorang faham keadaan kita sebagai seorang muslim and that the part yang best, aku lom pernah jumpa dekat semenanjung because all of my life time dekat semenanjung, aku duk di kalangan orang aku sendiri je. so aku tak dapat nak faham budaya orang lain. and bila datang sini baru aku dapat belajar. setiap orang kat sarawak ni menghormati hak masing-masing.

but the worst part, aku tak dapat nak ngabang pegi open house rumah kawan-kawan aku yang dekat-dekat kuching macam ik and grace. sebab sebelum ni da dua kali aku nak pegi tapi aku kat semenanjung sebab cuti. and this time masa buat intersession aku ingat dapat pegi. tapi tak dapat jugak. mak aku panggil balik.huhuhu. oh ye, must be wondering what is ngabang right? ngabang ni actually macam beraya la. 

sorry ik tak dapat datang. next time,= )

p/s:sorry guys tak dapat datang. next time kalau ada rezeki aku ikut korang. gayu guru gerai nyamai. 

Saturday 28 May 2011

tempat jatuh lagi dikenang

tanggal 20 Mei 2011 lepas, semua pelajar tahun akhir plant dah selamat mem'present'kan projek masing-masing. aku pulak dah selamat membentangkan projek aku semalamnya yakni 19 Mei..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. tembak menembak di kalangan lecturer sudah satu kemestian. bersedia atau tak terima je la. pertama kali memasuki zaman tahun akhir, aku memang tak expect yang aku boleh habiskan projek aku. tapi akhirnya dapat gak aku habiskan. nampak macam senang, tapi tuhan je yang tahu perasaan aku. maybe thesis aku antara yang ternipis. dari abstrak ke rujukan cuma 26 pages. tapi itulah hasil kerja yang aku curahkan selama ini. terima kasih aku ucapkan kepada supervisor aku yang banyak membimbing aku and tahan karenah anak-anak dia.
supervisor aku

plant sc batch 08/09
masa aku post entry ni, maybe ada yang dah bersama dengan family tersayang, ada yang ngah buat preparation untuk majlis perkahwinan dia, dan ada yang ngah duduk kat kolej tunggu nak jilid thesis. aku pula duduk kat depan laptop dalam bilik kat kolej ni sebab aku terpaksa meneruskan perjuangan yang belum selesai. aku masih lagi berjuang untuk paper terakhir aku di UNIMAS, paper pelengkap. the only paper left (mudah-mudahan tak ada paper yang sangkut la). buat yang dah habis tu, mesti dieorang ngah sibuk mencari kerja. aku pula akan menyusul kemudian setelah pengajian aku tamat pada 26 Ogos 2011.

muka-muka yang selalu boleh dilihat sebelum ini, mula hilang satu persatu. gelak ketawa di dalam kelas plant batch 08/09 dah tak dapat didengar lagi. rasanya macam baru semalam kami berjumpa. kenal antara satu sama lain. tapi sekarang semua dah membawa haluan masing-masing. mengecapi kejayaan yang mereka impikan sepanjang pengajian. entah bila kami dapat bersama duduk semeja, sakat-menyakat, bergurau senda. tapi itu perjanjian hidup, yang hidup pasti akan mati, yang bertemu pasti akan berpisah. kalau diimbas balik, aku datang ke bumi kenyalang seorang diri, meninggalkan kawan seperjuangan di matriks, shy, atiq, din, azam, alif...ramai lagi lah. masa first time aku dapat offer ke UNIMAS, aku kat rumah atiq. sebab shy plan nak pergi sunway. memang sumpah aku macam nak gila. SARAWAK. aku mula terbayang dengan cerita-cerita orang pasal dekat sarawak. and otak aku mula refresh buku sejarah time secondary school yang cerita pasal rentap tu..dahsyat beb. mak aku pun macam kesian kat aku. betul ke aku boleh pergi sarawak. yelah sekolah kat kajang dulu pun tak lepas ni pulak sarawak. then she decided nak hantar aku pergi UNISEL. so nak tahu psl UNISEL ni kiteorang pun decide nak pergi open day dia. tapi time on the way nak pegi, aku cakap dengan mak aku....

"mak, adik rasa adik pergi je la sarawak tu. bukan selalu nak tengok tempat orang," dengan pasrahnya aku cakap

"kau betul ni??bukan kau yang tak nak pergi. sebab takut ngan orang sana?" mak aku hairan

"hurm tu cakap orang mak. belum pergi belum tahu." aku dengan konfiden jawab.

"dah tu tak payah lah pegi UNISEL. pegi rumah pak jak kita book tiket." bapak aku lak mencelah.

so camtu lah aku decide nak pegi sini. and bila dah sampai sini, memang jauh meleset dari yang orang cakap kat aku pasal sarawak ni. aku ni pulak bodo jugak. tak reti nak men'google' tu apa pasal. kan dah free je kena kencing. actually sarawak and orang dia memang best. warm and friendly. dan aku masih ingat word sarawak pertama yang zaid dan pejal ajar kat aku. 'lawa'. macam biasa tapi sebenarnya orang sarawak punya 'lawa' bermaksud sombong. seriously, kekadang aku rasa kena buli je bila kawan-kawan aku cakap sarawak tapi aku dok melongok tak paham pape. last-last aku nekad, aku cakap je sarawak..tak payah imagine. memang buruk pun bunyi dia, macam itik nak belajar berkokok, camtu lah. memang stok kena bahan je la..tapi macam english gak, learn from the broken part. last sekali, aku dapat gak conquer bahasa sarawak walaupun tak semua. ada gak classmate aku macam suzi, step, vero, and grace suruh aku belajar iban. tapi tak banyak. maybe kena duduk sini lama sikit kot...hahaha

suzi-step-grace

sepanjang tiga tahun aku kat sini aku kenal ramai orang. macam-macam peristiwa aku jumpa. berjumpa dengan dua pupu sendiri, kena baling dengan tin ridsect..hurm banyak kalau aku nak sebut. tapi kena baling dengan tin ridsect lah aku paling tak boleh lupa.hahaha. ni semua gara-gara menguras dengan razie sampai pagi. and sepanjang kat sini gak la aku sentiasa ingat pesan mak aku

"ingat, pergi tempat orang cari kawan bukan cari lawan..."

pesanan tu lah yang selalu aku ingat. buat baik dengan semua orang. insyaallah semua orang baik dengan kita. macam lirik lagu mantera beradu. 

"masuk tempat orang bawa otak bukan pisau"

aku rasa sampai sini je kot entry aku. memang banyak kenangan aku ngan dak kelas especially time field trip, dengan geng-geng uras..but i had to say goodbye. tapi bukan bermakna antara aku ngan dieorang terputus camtu je. kemon la FB ada kot. dunia semakin canggih. anytime kita boleh contact. but i'll miss every moment in my three years study at UNIMAS.
inilah geng aku menguras. except yang perempuan tu lah. tu bukan ahli. hehehe