Tuesday, 7 June 2011

kodok, kasut & aku

aku kuar rumah awal pagi hari ni. dalam pukul 4.45am camtu sebab nak kejar flight 7.30am kat senai. time tu hujan and banyaklah kodok kat dapur rumah aku. yelah rumah aku ni kiri kanan kebun sawit, so 'tetamu' tak diundang ni banyak. tetiba aku ternampak ada sekor kodok ni parking baik punya sebelah kat kasut converse all star season aku. mak aku pun halau lah kodok tu.

"naseb baik kodok tu tak masuk dalam kasut ko dik. da la 'geluput' semacam kasut ko" mak aku sound aku pagi-pagi buta.

kasut kesayangan yang dah 'geluput' sekarang


pastu aku pun tengok je la katak tu melompat-lompat kegembiraaan, berlalu pergi dari kasut kesayangan aku tu. kodok?dalam kasut aku? terus ak terbawa ke memori silam time aku sekolah rendah. dah macam naik mesin masa time tu. padahal aku naik van. cerita dia camgini, time aku sekolah rendah dulu, pernah satu pagi time siap-siap nak g sekolah, aku sarung je kasut yang terletak 'cantik' kat hujung tiang.hehehe...kasut akak ngan abang aku lak letak atas pangkin. dan malam sebelumnya hujan lebat. and bila keluar pagi tu, aku memang dengar dengan jelas, terang dan nyata bunyi kodok-kodok kegembiraan sebab berjaya dalam misi memanggil hujan. tapi aku buat tak tahu je...aku pun dengan enaknya menyarung kasut sekolah aku yang putih dan suci dalam debu tu. bila aku da sarung, aku jalan macam biasa pegi ke kereta tunggu bapak aku kuar. aku rasa sejuk semacam je kat hujung kaki aku?

"basah ke kasut aku kena hujan?tapi apasal sebelah je sejuk?sebelah lagi biasa je aku rasa.."dalam hati aku bertanya.

pastu aku pun tanggalkan la kasut aku..time tu pakai kasu sparx. famous kasut tu dulu. tapi bukan yang tali nye..yang jenis lekat-lekat nye..tengok dalam kasut gelap je...tak nampak apa pun...aku pun ketuk lak kasut aku tu..hahaha..mesti korang da dapat agak apa yang kuar..of course la cik kodok. elok je melompat-lompat. tapi mesti dalam hati katak tu cakap tak guna punya kaki..busuk punya olang, mata aku da nak jadi pangkah ko taw tak..X_X....naseb ko la kodok merasa stokin aku sebagai sarapan pagi ko. naseb baik aku check awal. kalau aku check kat sekolah tak ke naya kalau dia melompat dalam kelas. bukan kodok tu je melompat, mau dengan budak perempuan melompat.so guys, nanti kalau nak pakai kasut time-time pas hujan tengok la dulu dalam tu..ketuk-ketuk la dulu..mane tau ada tetamu tak di undang dalam tu. hahahaha

jaga-jaga....maybe benda ni ada dalam kasut anda.hahaha

No comments:

Post a Comment