Tuesday, 14 June 2011

ditiduri lipan

semalam bosan-bosan aku usha balik album lama-lama time aku first year and second year. memang sumpah aku gelak tengok gambar zaman bodoh-bodoh dulu. paling aku tak tahan video sambut birthday budak-budak ni. memang kejam abes dieorang prank. dieorang tu termasuk la aku sekali. pastu aku pun usha la gambar lain. klik punya klik aku nampak satu folder ni.
latihan industri-HL & HBP

aku pun buka la folder gambar time aku LI ni. memang lawak la tengok gambar berangan bawa traktor apa semua.. pastu aku pun baring. nak berangan mengenang memori silam jap. entah camne aku teringat kes yang aku kena time kat MARDI Cherating ni. tapi kes ni tak ada dalam gambar ar... kalau ada kena censored. hahahaha. malam kejadian tu, aku tido dengan lena abes. aku tak sure malam tu hujan ke tak tapi yang aku sure sedap la aku membuta. tiba-tiba aku di kejutkan oleh kegatalan di p******g aku. aku pun garu lah sebab benda tu menyocok-nyocok... garu-garu tak hilang gak. pastu aku tengok sebelah ada objek bentuk macam udang kecik. aku pun pelik sebab aritu aku memang tak ada pegi pantai. aku pun try tido balik. belum seminit aku pejam mata, p******g aku da start gatal balik. kali ni lagi horror.. aku rasa ada benda bergerak-gerak pulak. ini tak boleh jadi. aku pun bangun berdiri. aku nekad. aku kena check gak. aku pun buka sikit boxer aku. tengok apa ada dalam boxer aku tu. nasib baik lampu bilik tu aku tak tutup. aku pun nampak la binatang ni. comel je lipan bara tu bertenggek dalam boxer aku. adalah besar macam jari hantu aku. naseb baik aku tak seluk. hahaha. kalau tak naya kena sengat kat jari. tapi kat jari okey lagi. kat tuuuutttt... abes padam salasilah aku.hahahaha.. pastu aku pun tutup balik boxer aku (memang tindakan yang sengal plus mamai. kalau orang lain aku rasa da drop je boxer tu lari naked). aku usha line dulu sebab ada kawan aku sekali tido sebelah. karang kalau dia tersedar dia ingat aku nak rogol dia pulak sebab bukak boxer. dah aku usha line clear, aku pun cabut boxer aku. campak jauh-jauh. dah aku cover diri aku dengan selimut baru aku kejut kawan aku. dia pun bangun. tolong bunuhkan lipan tu. aku tak sampai hati nak bunuh binatang tergamam sebenarnya. start dari tu memang aku tak tido lagi pakai boxer kat tempat praktikal tu. and tula kali pertama manusia ditiduri oleh lipan..hahahaha. maybe aku main pheromone banyak sangat kot time tolong Pn. Rahemah kat kebun tu. hahaha. tu yang lipan tu syok dengan aku.

bayangkan benda ni ada dalam seluar or boxer korang. apa korang rasa.
da  boleh jadi ali khan aku. hahaha


tapi yang aku tak boleh blah, hari last before aku balik muar, tetap gak aku kena sengat. entah camne boleh ada penyengat time aku bangun pagi tu. kat tilam aku. member aku tak kena pulak. padahal sebelah je. terlepas sengat lipan tercucuk sengat penyengat. deyyymmmm.

p/s: aku rasa aku boleh jadi ace ventura. dari kecik sampai besar ada je binatang nak berdamping ngan aku. hahaha

No comments:

Post a Comment