Monday 5 December 2011

RM 100

okay entry kali ni menyentuh sikit isu semasa. mesti korang yang ada adik kat sekolah menengah or sekolah rendah ada dengar pasal dapat duit RM100 untuk persediaan persekolahan. aku nak cakap banyak pun tak guna sebab aku dah tak dapat pun plus aku dah tak ada adik. hahaha. so cerita entry kali ni pasal pembahagian duit RM100 tu. ada sekolah menengah kat kawasan aku gempar dengan complaint dari mak bapak pasal pembahagian ni. aku ingat pasal kes kena potong gak. rupanya bukan. cerita dia macam ni. buat pengetahuan korang, duit RM100 tu di masukkan direct ke akaun sekolah. and sekolah tu dah decide ngan wakil PIBG untuk bahagikan duit tu berperingkat-peringkat. maksudnya mengikut tingkatan. hari ni tingkatan 1, esok tingkatan 2 and seterusnya. aku rasa ada rasional sekolah tu buat camgitu. first kalau dia buat camgitu, kurang duit yang hendak dibawa oleh cikgu-cikgu ke sekolah. jadi risikonya kurang. cuba korang bayangkan kalau ada 1000 lebih murid kat sekolah, dah berapa cikgu nak bawa pergi sekolah. keselamatan cikgu time bawa duit tu pulak tak kira. then bila dah sampai sekolah nak kena simpan. sekarang bukan selamat. budak kecik pun dah pandai mencuri. 

so ceritanya bermula bila ada mak bapak complaint yang leceh buat sistem camgitu. sebab dia kena datang berkali-kali ke sekolah untuk ambil duit RM100 tu sebab anak dia ada yang kat tingkatan 2,3 camgitu la. tapi dia complaint tu dia tak pernah ke terfikir ke cikgu yang menguruskan duit tu berulang-alik ambil duit dia setiap hari just nak memastikan duit tu sampai ke tangan penerima nya. kekadang aku pelik tengok orang kita. di bagi duit pun nak merungut. tak bagi pun merungut. kalau di suruh bayar tu ada gak la rasional nya. ini suruh ambil.

p/s: harap pihak sekolah dapat ambik solution yang menyenangkan semua pihak.

game show

okay weekend yang lepas ni aku ada tengok satu game show adapt from europe, money drop. format game ni simple je la. cuma yang bermain dalam fikiran aku time ujibakat dia pilih orang yang macam mana? adakah yang happy go lucky and can act in front of the camera? or yang boleh jawab soalan? sebab ada orang yang mengatakan bahawasanya soalan time ujibakat lagi susah dari game yang sebenar. so if that is so true, ada beberapa persoalan dalam kotak pemikiran aku (walaupun aku tak tau bentuk pemikiran tu macam mana. LOL). kalau betul soalan time uji bakat tu susah, kenapa lah soalan yang dianggap common and senang ada peserta tak dapat jawab. contohnya, lemak cili api terkenal di negeri mana? dan pilihan jawapan amat ketara sekali, negeri sembilan, johor, sabah dan satu lagi aku lupa. hahaha. its okay lah kalau dia nak letak duit tu dekat johor, sebab dekat dengan nogori, tapi sabah?? hurm adakah mereka dah diarahkan supaya tak menang, or maybe company memang pilih orang yang tak akan menghabiskan duit sejuta diaorang??? then keluar lagi soalan, tasik mana yang terletak di perak. and pilihan jawapan temenggor, chini, kenyir and titiwangsa. hurm kalau dia letak duit dekat chini maybe aku boleh terima lah sebab tak selalu sangat kita sebut walaupun ada cerita psl tasik chini ni.. but dia letak duit kat titiwangsa. and its a lot of money. girls, don't you ever heard of tasik titiwangsa in your life? 

and bila bercakap pasal game show ni, teringat satu game show zaman aku muda-muda dulu, Joe Jambul. haha. aku follow kot game show ni. aku tak ingat sangat format dia. tapi yang aku ingat las time bonus round, contestant tu kena cucuk tiang yang ada lampu kat location kat mana joe tu ada. pastu ada satu hari tu, aku tengok peserta ni macam kenal je. sampai la dekat pusingan bonus. tetiba cameraman zoom dekat penonton, aku ternampak mak ngah aku bukan main semangat lagi menyokong. baru aku perasan cousin aku rupanya yang main. dah tua rupanya aku ni bila ingat balik zaman joe jambul dulu. haha

credit to google
p/s: rindu gak nak tengok istana takeshi. hahaha


Monday 28 November 2011

lelaki berjalan

okay guys, ko pernah dengar lelaki berjalan? okay tak pernah? walkman? confirm pernah. for those teenagers yang lahir dalam 80's and early 90's pernah dengar and jumpa benda alah walkman ni. but the younger future i'm not sure whether mereka-mereka ini pernah melihat benda alah bernama walkman ni. actually nama walkman ni datang dari sony. those younger future akan tau nama ni bila dia beli handphone sony ericsson, tapi tak tau camne actually bentuk walkman ni, tapi kita (for those who know the origin of walkman), mesti akan teringat zaman kanak-kanak kita. LOL. zaman sekarang most of kids know only ipod, mp3, ipad, iphone, blackberry etc. bila sebut walkman mesti blur sekejap. hahaha

okay, bila bercakap pasal walkman ni, benda ni kira thing must have bila ada kat hostel. aku pun ada gak walkman ni, aku amek akak aku punya time aku masuk hostel. time tu handphone pun paling up ada game snake. mana ada boleh dengar radio lagi. hahaha. 

kira camgini lah walkman masa aku kat hostel

ini kira walkman yang banyak orang pakai time aku duk hostel. tuning channel radio pun time ni pun pakai pusing je...haha. tak ada tekan-tekan keluar nombor apa semua. then ada satu lagi kumpulan, kira ni berduit sikit la. dia pakai yang digital punya. tak ada pusing-pusing. tokan jo. haha. tapi saiz dia masih besar camni lagi. then geng senior lak selalunya pakai yang slim punya. damn, aku dulu berbulu je mata. nak beli duit tak dak. pastu kalau beli pun takut hilang. tapi time tu siapa yang pakai walkman slim tu memang smart. paling up habis la time tu. 


ni kira up la siapa pakai. hahaha
ada gak sesetengah yang kira pegang title anak lord pakai discman. yang pakai cd je. tapi time aku form 1 cd tak banyak lagi jual pastu mahal. then bila aku dah form 5 baru bapak aku belikan mp3. time tu dah tak ada lagi walkman orang pakai sangat.

p/s: agak-agak korang ada tak budak hari ini nak pakai benda alah camni?




Thursday 10 November 2011

titik hitam~

dah lama gila tak main futsal. serius semput tadi main. balik-balik je tetiba dapat idea nak update blog. serius semput aku nak menaip ni. hahahaha

apa yang korang nampak dari gambar kat atas? mesti semua orang akan cakap nampak titik hitam. seriously masa aku tengok aku pun cakap macam tu. then tetiba kawan aku sound, orang memang senang nampak titik hitam tapi tak nampak pun warna putih yang sebesar alam. itu lah adat manusia, senang nampak kelemahan orang atau kecacatan orang, tapi kebaikan dan kelebihan dia orang tak nampak. tak payah pergi jauh, aku manusia, so aku admit kekadang aku pun ada fikiran camtu. lepas aku tengok gambar ni, aku pun ternampak satu gambar kat page harimau malaya.


korang mesti kenal kan siapa lelaki kat atas ni... memang la tak ada korean look.. hahahaha. actually ni lah mike tyson time dia pergi tanah suci mekah. buat umrah kalau tak salah aku. i bet you can see the tattoo on his hand right? as i said before, ada beberapa komen menyentuh pasal tatu dia. tapi tak cakap pun pasal backgorund tempat dia berada.

p/s: thanks to the page harimau malaya and my friend's page cause gave me some idea to update my blog. dan terpikir gak, kalau orang yang berlagak baik depan orang tertentu tapi perhubungan dengan orang lain tak dijaga macam mana??