Saturday 17 September 2011

kerana nila setitik....(version of 16th Sept)

pergh da banyak gak sawang-sawang usang kat dalam blog aku. yela da blog aku pun duduk nya kat laman sesawang, takkan banyak rumput lak kan.. mesti la banyak sawang. okay, first of all aku nak wish selamat hari raya, maaf zahir batin. raya 30 hari, so masih boleh la nak ucap selamat hari raya dengan minta pengampunan pe semua ni (da macam PATI la pulak aku nak minta ampun bagai)

okay focus balik dengan tajuk. beberapa hari yang lepas, aku ternampak la satu tweet member aku ni. she's complaining about satu page kat facebook yang macam berbau 'kerasisan'. one of the page bunyi camni 'semenanjung anti sarawak bodoh'.

lepas tu aku baca la komentar-komentar yang dilontarkan. aku tak kisah sangat la pasal komen tu. tapi yang aku berangin pasal admin page yang sengal. nama page tak nak macam satu semenanjung anti, padahal ko sorang syok sendiri meng'anti' orang. lain kali ko tulis la mak jemah yang anti ke. at least kalau kena kutuk memang ko sorang je. da kau je yang anti. ni tak nama semenanjung juga kau jual. sengal. bila orang yang komen tu marah-marah nama orang semenanjung macam aku yang innocent ni juga terpalit sama. dumb racist. sempena hari malaysia yang baru je lepas beberapa jam dari aku update blog ni, nasihat aku, udah-udah le racist sangat. tak kemana dengan 'kerasisan' kau tu. dalam kubur nanti malaikat tak tanya pun kau bangsa apa, kau asal mana semenanjung ke sarawak ke sabah ke. amalan kau gak yang dia tanya.

p/s: kepada classmate aku yang da bekerja tu, hulur-hulur la duit raya tu sikit kat aku ni haaa...before raya abes. muahahahaha

No comments:

Post a Comment