Sunday 6 November 2011

livery syarikat penerbangan yang aku rasa unik dan menarik

last time aku naik kapal terbang masa aku balik dari sarawak masa konvokesyen. lepas habis study kat UNIMAS mesti jarang dah aku dapat naik kapal terbang. ada beberapa livery yang bagi aku menarik and cantik sepanjang aku terbang di awan biru (bapak gila poyo ayat. hahaha). menarik dan cantik itu adalah perkara subjektif. maybe cantik di mata aku tapi tak cantik di mata kak limah. hahaha. so kat bawah ni ada beberapa livery syarikat penerbangan yang aku rasa menarik.

                            

tengok lambang mesti korang da tau syarikat penerbangan apa kan. livery dekat gambar belah kanan kalau korang perasan ada dua kalau tak silap aku, merah and biru and livery digunakan pada sebahagian kapal terbang MAS time tahun melawat malaysia kalau aku tak salah lah. kalau salah harap betulkan. aku lebih suka warna biru ni. and MAS ada livery baru (gambar sebelah kiri). bagi aku simple and naissss... tapi ada gak tak berapa setuju sebab nampak macam cikai sangat bagi sebuah syarikat penerbangan yang terkenal. macam aku cakap kat atas tadi, cantik dan menarik itu subjektif.


livery thai airlines yang baru ni pun cantik gak. walaupun nampak simple tapi contrast colour yang dia mainkan bagi aku okey. kalau rainyscream tengok mesti dia suka sebab dia kata dia minat purple...hahaha


Gulf air, syarikat penerbangan bahrain. aku naik airlines ni masa pergi egypt dulu. aku tak sure semua flight dah pakai livery ni or not, tapi bagi aku livery ni antara livery yang cantik. ada unsur calligraphy and warna royal blue and golden menambah lagi kontra warna. 


yang ni aku search kat internet. aku tak tau pulak vietnam ada airlines sendiri. nasib baik ada cik googles. oh noob abes aku. and bila result dia keluar bagi aku pilihan colour dia cantik.


jiran sebelah negara. singapore. simple and smart.


KLM royal dutch airlines. ni livery yang dieorang baru introduce. smart kan? kalau tengok dari jauh macam biru je. bila tengok dekat ada tile pattern kat livery dia. smart.

p/s: livery dekat fiuslaj memainkan peranan samaada dalam penggunaan minyak atau advertisement. makin banyak decoration dekat livery menambah berat kapal terbang, jadi memerlukan kuasa yang lebih and penggunaan minyak yang lebih tapi maybe boleh membantu dalam advertisement dan menarik customer. cuma perlu diingat, layanan dan perkhidmatan mungkin tidak diukur pada livery. and tak semua kapal terbang dalam syarikat penerbangan tu ada livery yang sama. sebab nanti karang ada yang cakap livery dia tengok lain, livery aku tengok lain. heeeee. peace.

1 comment:

  1. aku nampak gambar tu!!
    nak cakap aku pilih yang pepel tula. ape lagi. hohoho XD

    ReplyDelete