Monday 5 December 2011

RM 100

okay entry kali ni menyentuh sikit isu semasa. mesti korang yang ada adik kat sekolah menengah or sekolah rendah ada dengar pasal dapat duit RM100 untuk persediaan persekolahan. aku nak cakap banyak pun tak guna sebab aku dah tak dapat pun plus aku dah tak ada adik. hahaha. so cerita entry kali ni pasal pembahagian duit RM100 tu. ada sekolah menengah kat kawasan aku gempar dengan complaint dari mak bapak pasal pembahagian ni. aku ingat pasal kes kena potong gak. rupanya bukan. cerita dia macam ni. buat pengetahuan korang, duit RM100 tu di masukkan direct ke akaun sekolah. and sekolah tu dah decide ngan wakil PIBG untuk bahagikan duit tu berperingkat-peringkat. maksudnya mengikut tingkatan. hari ni tingkatan 1, esok tingkatan 2 and seterusnya. aku rasa ada rasional sekolah tu buat camgitu. first kalau dia buat camgitu, kurang duit yang hendak dibawa oleh cikgu-cikgu ke sekolah. jadi risikonya kurang. cuba korang bayangkan kalau ada 1000 lebih murid kat sekolah, dah berapa cikgu nak bawa pergi sekolah. keselamatan cikgu time bawa duit tu pulak tak kira. then bila dah sampai sekolah nak kena simpan. sekarang bukan selamat. budak kecik pun dah pandai mencuri. 

so ceritanya bermula bila ada mak bapak complaint yang leceh buat sistem camgitu. sebab dia kena datang berkali-kali ke sekolah untuk ambil duit RM100 tu sebab anak dia ada yang kat tingkatan 2,3 camgitu la. tapi dia complaint tu dia tak pernah ke terfikir ke cikgu yang menguruskan duit tu berulang-alik ambil duit dia setiap hari just nak memastikan duit tu sampai ke tangan penerima nya. kekadang aku pelik tengok orang kita. di bagi duit pun nak merungut. tak bagi pun merungut. kalau di suruh bayar tu ada gak la rasional nya. ini suruh ambil.

p/s: harap pihak sekolah dapat ambik solution yang menyenangkan semua pihak.

No comments:

Post a Comment